Thursday, May 31, 2007

Joy Oren, Joy Apel, Mangga dan Jambu Batu...

Mahkamah Persekutuan ‘upheld’ keputusan Mahkamah rayuan – Lina Joy gagal dalam permohonan.

Itu berita semalam. Lina Joy gagal dalam usaha dia nak padam ‘Islam’ dalam MyKad dia sebab permohonan murtad dia tak diluluskan mahkamah syariah dan JPN tak boleh berbuat demikian tanpa kebenaran mahkamah.

Aku tahu ramai yang bertakbir dan menyambut keputusan mahkamah sebagai ‘kemenangan Islam’. Tapi perlu diingat, Lina Joy hanya gagal padam I-S-L-A-M pada MyKad. Tapi hakikatnya dia dah lama padamkan ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’ dari jiwa dan jasadnya. Dan dia hanya seorang dari entah berapa ramai lagi yang murtad dan yang berniat nak murtad…kononnya Islam ni tak adil, kejam dan mengongkong jadi mereka nak ‘bebas’. Ini sebenarnya perkara yang perlu diberi perhatian semua pihak. Jadi jangan la setakat bergembira dengan keputusan Mahkamah tu.

Aku ada jugak melawat salah satu blog politik terkemuka kat Malaysia ni…kat ruangan komen ramai jugak yang tak faham Islam (termasuk Muslim sendiri, at least indirectly) yang membangkang keputusan mahkamah…kononnya ‘Tuhan memberi hak memilih’, ‘mahkamah Malaysia lebih berkuasa dari Tuhan’ dan sebagainya….siap ada suruh Lina Joy pi tukar kewargenegaraan, sebab Negara lain lebih ‘bebas’.

Monday, May 28, 2007

Glory, Glory Man United!

Aku supporter Manchester United FC. Takde sangsi lagi sejak 1980an walaupun orang lain support Liverpool. Mungkin aku minat aksi Bryan Robson kot? Dan sebagai peminat Man U, patutnya aku sokong kan kehadiran ManU bulan Julai nanti kan? TAK! Kenapa? Satu bagi aku manusia dipegang pada janji. Bila FAM dah janji patuhi peraturan dan syarat penganjuran Piala Asia, dia kena la ikut sayarat tu. Ini dah janji lepas tu suka-suka aje nak langgar. Dua, ManU sendiri hormati pegangan AFC dan takkan ke KL selagi tak dapat restu AFC. Tiga, Apa kena-mengena kehadiran ManU dengan Jubli Emas Kemerdekaan? Nak raikan merdeka dengan dengan jemput team negara penjajah? Lebih ramai pelancong? Stadium Bulit Jalil setakat muat 100,000 orang dan aku percaya 95% yang hadir adalah orang tempatan; setakat dalam 5% aje peminat ManU dari Asia Tenggara...ramai sangat ke 5,000 orang tu...dan ramai sangat ke pelancong nak tengok Kelab No1 dunia (sila argue dengan aku kalau hangpa tak setuju) berlawan dengan team negara yang ranking....nombor berapa ah?

Atau kalau nak jugak Man U datang tapi tak buat friendly game, buat la klinik bolasepak ke, sesi bejumpa peminat aje ke...

Tapi aku gelak ada sorang mamat ni kata tak patut la AFC buat camtu sebab Malaysia dah benarkan HQ AFC kat Malaysia....dan mintak AFC kautim dalam hal ni...(Gamaknya orang Malaysia ni kalau peraturan takleh benarkan sesuatu mesti nak kautim. Tak semestinya libatkan rasuah tapi aku rimas le budaya mintak guna budi-bicara ni. Buat cerita sedih la itu la ini la...)

Sekarang sedikit sarcasm. Biar aje ManU datang. Lepas tu FAM kena tindakan disiplin. Lepas tu silap2 kena gantung keahlian dan ranking silap-silap terus jadi corot. Tak payah nak tunggu FIFA keluarkan ranking dan tunggu lama-lama sampai jadi corot...Lepas tu board FAM kena resign, tukar orang baru dan naikkan semula bola Malaysia....

Akhir sekali...Apasal tak buat aje Pestabola Merdeka?

Tuesday, May 22, 2007

Jangan Main SMS

Benda ni terjadi dah dekat sebulan jugak. Aku terbitkan untuk makluman dan juga periingatan.

Masa tu student kat sini tengah exam. Satu hari wife aku mintak ada nenek yang selalu urut Nabila datang rumah. Lepas mengurut, dia bercerita pasal satu kemalangan jalanraya dalam kampus semalamnya. Kata nenek tu dia tengah bawak motor nak balik ke rumah. Kat depan dia ada satu motor yang ditunggang dua student perempuan. Apa yang nenek tu nampak, yang menunggang sedang sakan berSMS. Sedang berSMS, motor yang dpandu makin ke tengah jalan hingga akhirnya menggesel pembahagi. Terkejut dengan penggeselan tu, tindakan refleks si penunggang ialah membuka throttle motor lebih besar menyebabkan kelajuan bertambah tetapi dengan kawalan yang kurang (sebab tangan satu lagi pegang handset). Akibatnya motor diaterbabas ke tepi jalan, melanggar bahu jalan menyebabkan kedua-duanya tercampak dari motor. Yang pemboncengnya tergolek ke atas bahu jalan manakala si penunggang menghentam pokok, face-on. Impak perlanggaran menyebabkan dua batang gigi mangsa terlekat di batang pokok.

Nenek tadi cepat-cepat memberhentikan motor dia dan pergi melihat si penunggang. Tapi dari pengamatan orang yang dah lama makan garam, hayat si penunggang dan nak sampai penghujungnya. Lalu nenek tadi menegakkan badan mangsa sambil mengajar Kalimah Syahadah sehingga mangsa meninggal di pangkuan nenek tadi. Tragisnya kemalangan itu ialah, mangsa dan rakannya dalam perjalanan nak menempah tiket bas balik kampung. Lebih menyedihkan, motor tu bukan miliknya tapi milik boyfriend rakan yang lain; dan mangsa tak mempunyai lesen memandu...

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Memang selalu aku nampak penunggang motor main SMS sambil memandu. Tak boleh ke berhenti sekejap? Kalau setakat baca SMS tu OK la jugak, ni siap balas balik!

Sunday, May 20, 2007

Aku dah biol!

Masa raya tahun lepas, aku beli model tank Merkava Mk III dari Academy, Korea Selatan (ye aku tau tank Israel; apa, kalau aku beli model tank Israel, aku sokong Israel?). Balik kat umah, aku merayap di internet tengok review model tu...semuanya kondem kata tak accurate, shape salah. Aku bengang…tapi dalam hati aku kata ah takpe la, tak accurate sikit-sikit aje tu. Tapi lama kelamaan aku termakan ‘hasutan’ dari internet. Masa ke KL itu hari aku ke Miniature Hobbies di PJ, aku angkat update set dari Legend Productions, pun dari Korea. Aku ingat nak angkat full set, tapi akhirnya aku ambik turret aje (sebab kesilapan kat turret yang paling nyata). Dan kat sini ironinya…model asal aku beli RM49.90, update set rega RM199.90…tu pun tokei kedai bagi diskaun tinggal RM139.90 pasal ada parts yang hilang. Kalau aku angkat full set, harga dia RM 249.90… Jadi update set 180% lebih mahal dari base kit! Tapi takpe la…demi ‘accuracy’.

Memang aku dah biol!

Tuesday, May 15, 2007

Hari Terbuka KTU (Bah. I)

Sepatutnya aku buat entry ni bulan lepas tapi benda lain pulak yang masuk...heheh. 14 April lepas Kolej Tentera Udara buat Hari Terbuka (mungkin sebab nak pulihkan balik imej lepas kes buli kot?) Apa-apa hal memang takde promosi sangat le, aku tahu pun sebab lalu depan KTU nampak banner.

Pameran ada dua segmen, outdoor dengan indoor. Outdoor tu pesawat aje manakala indoor pameran kerjaya dan peralatan kecil (termasuk souvenir). Dalam masa yang sama ada dibuat persembahan termasuk poco-poco bersenjata. Pesawat tempur yang takde cuma MiG-29 dengan Hawk 208.

Pemandangan sekitar outdoor display






F/A-18D Hornet 18 Skuadron TUDM. Tumpuan utama pengunjung (kecuali budak-budak sebab kokpit dia tak accessible). Kedudukan sayap yang tinggi membantu menjadi tempat berteduh! Sempat jugak bersembang dengan flight crew pasal hal-hal Sukhoi dan F/A-18 ni...


Misil AGM-84D Harpoon dengan AIM-7E Sparrow. Tapi dummy aje le.





Aermacchi MB 339AM. Antara pesawat yang popular sebab rendah, senang nak menjenguk dalam kokpit dan nak masuk. Aku terperasan yang aku ada model pesawat yang ini (No. siri M34-12)




Satu lagi pesawat yang popular, Hawk Mk108. Senang nak jenguk kokpit sebab dipasang tangga.



Aerospatiale Alouette III - pameran yang paling popular! Masa aku sampai penuh sesak dalam cabin tu dengan budak2 PLKN!

Nanti sambung lagi!

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu!

Hari ini 13 Mei…satu tarikh yang signifikan sejak akhir-akhir ini. Aku bukan bercerita pasal Tragedi tahun 1969, tapi Hari Ibu. Dalam masa-masa menghampiri tarikh ini pelbagai promosi dibuat pihak-pihak tertentu. Di kaca TV terpampang SMS untuk ibu si pengirim (termasuk satu mangkuk yang ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya yang dah pergi!). Pelbagai tawaran pakej hiburan, makan malam dan hadiah dihamburkan kepada orang ramai. Dah dikomersilkan Hari ini…satu peluang peniaga mengaut keuntungan…

Terus terang aku katakan, aku tak menyambut Hari Ibu hari ini. Bagi aku Hari Ibu sepatutnya disambut 365 hari setahun, selagi hayat kita ada. Apa gunanya menghamburkan wang dan hadiah pada 13 Mei setiap tahun tetapi pada 364 hari yang lain ibu dibiarkan begitu sahaja? Tak tau la ibu-ibu moden la ni, anak dapat masuk AF pun disambut dengan ‘tangisan kesyukuran’ dan takpe la kalau anak buat dekkk aje. Dan dari pemerhatian aku, kebanyakan ibu ni tak pandang sangat hadiah atau wang yang diberi anak-anak, tetapi perhatian dan kasih sayang. Apa gunanya wang dan harta tapi anak-anak haram tak menjenguk…atau sekurang-kurangnya menelefon? Aku sendiri menyesal sesangat bulan lepas sebab terlepas nak telefon mak aku sampai dekat 2 minggu..sampai mak aku telefon ingat jadi apa-apa kat aku...

Entahlah, inilah dikatakan masyarakat urban. Mungkin itu satu cara orang moden menzahirkan rasa sayang kepada ibu. Apa-apa hal, sudahkah anda mendoakan kesejahteraan ibu anda hari ini?

Thursday, May 10, 2007

Universe, Penerokaan Angkasa dan Orang 'Mesia'

Sebelum ni aku ada buat entry pasal masih ada orang yang menafikan manusia dah sampai ke bulan (baca Amerika). Baru-baru ni pulak bila aku masuk satu forum tempatan (bukan CARI) ada yang menafikan penemuan satu planet seakan Bumi oleh saintis. Katanya ini semua propaganda Amerika sama macam pembohongan mereka ke bulan. Tambah hamba Allah tu lagi, manusia tak boleh ke angkasa sebab ada radiasi. Tapi dalam masa yang sama dia kata orang Rusia yang dah sampai ke angkasa! Mana satu ni?

Rupanya di zaman informasi dan teknologi canggih ni masih ada Homo sapiens yang macam 'Anura under the cocos nucifera shell'. Takkan depa tak tau ada 7 misi Apollo ke bulan, tu tak campur yang setakat mengorbit bulan serta berada di orbit Bumi sahaja..tu baru Amerika aje, tak campur Rusia...dan dah berkali-kali orang naik turun roket sampai mati-mati. Bukan baru setahun dua tapi dah dekat 50 tahun! Entahlah....biarlah Si Luncai itu...

Aku sebenarnya minat bidang astronomi (bukan astrologi ye) dan masa aku ke KL baru-baru ni aku ambil kesempatan pergi MPH (actually aku prefer Kinokuniya tapi aku malas nak pergi KLCC) dan beli satu buku meja kopi bertajuk Universe. Buku ni sebenarnya kompilasi gambar-gambar alam semesta merangkumi potret Bumi, planet-planet, bintang, nebula, galaksi serta ‘hujung alam’. Seronok menengok kecantikan alam yang dijadikan Allah dan juga menyebabkan aku rasa kecil-sekecilnya. Apa tidaknya, ‘hujung alam’ dianggarkan terletak 13.4 bilion tahun cahaya dari bumi (kalau nak kira dalam kilometer: Cahaya bergerak selaju 1 bilion km/j; jadi nak dapatkan jarak ke ‘hujung alam’, kira 1 bilion km x 24 x 365 x 13.4 bilion = tengok kalkulator hangpa boleh kira tak?) dan diantara jarak tersebut diisi dengan pelbagai ciptaan. Kalau makhluknya dijadikan hebat, apa lagi Penciptanya? Subhanallah! Allahuakbar!

Tuesday, May 08, 2007

Balik Johor dan Speed Trap

Assalamualaikum semua. Lama tak menulis, mesti korang TAK tercari-cari mana aku pergi…

Sebenarnya dari 25 April sampai 6 Mei itu hari aku tak berada dalam habitat aku. 25 sampai 27 April aku ke Pulau Mutiara sebab ada retreat department aku (nama aje ‘retreat’ tapi kena buat kerja!) Lepas tu aku pulang ke Johor. Sebenarnya aku tak plan nak balik Johor tapi sepupu aku bagitau nenek aku masuk hospital. Mak aku tak bagitau sebab katanya ‘tak ada apa-apa’. Kalau mak aku tak bagitau memang aku tak balik, tapi dah tau takkan tak balik, kan? Doktor kata nenek aku kena lemah jantung…dan aku tengok dia pun dah tak ceria macam sebelum ni. Susah hati jugak aku…Ya Allah, Kau panjangkan umur nenekku dan kembalikanlah kesihatan dia…Amin.

Sepanjang stretch PLUS dari Seremban ke Melaka, dua tiga biji kereta aku tengok jadi kura-kura dalam longkang atau di kawasan pembinaan. Orang dah bagi amaran dah, awak bawak jugak lebih speed limit…bila jumpa bottleneck? Itu la jadinya! Lepas tu salahkan semua orang kecuali diri sendiri!

Dan sebut pasal highway, ni aku teringat urban legend pasal kamera speed trap dengan ‘countermeasures’ dia. Antaranya ialah letak CD atas dashboard atau digantung. Apa-apa hal ianya bertujuan untuk menyilaukan pandangan lensa kamera tu.

Pendapat aku la, semua tu auta aje. Kalau tak salah aku, Kamera speed trap berfungsi sepertimana skrin panduan senjata pesawat pejuang (ala yang selalu keluar kat TV masa US serang Iraq tu). Laser speed trap berfungsi mengukur jarak antara kenderaan dengan peranti laser tadi. Perbezaan jarak dalam masa tertentu akan dikira bagi mendapat kelajuan kenderaan dan jika melebihi had laju, operator kamera hanya perlu menekan butang shutter. Rasa aku kamera speed trap serupa saja saja dengan kamera digital kita. Dan berdasarkan tinggi peralatan tu, sinar laser dipancarkan pada badan kenderaan bukan ruang dalaman jadi tak guna kalau gantung CD! Sekarang ni pulak ada pula dipasarkan penyembur bahan yang boleh ‘tutup’ nombor pendaftaran dari pandangan kamera. Aku tak tau la samada ni fakta atau auta. Tapi rasa aku kalau nak test senang aje… spraykan lepas tu cuba tengok melalui viewfinder kamera digital. Kalau tak nampak, orait la. Tapi kalau masih kelihatan, maknanya anda berjaya ‘menghilangkan’ wang anda!