Tuesday, April 24, 2007

Papa ni Jahat la!

OK sapa yang tak pernah terdengar lagu Papa Jahat tu? Walaupun aku tak minat irama lompat-lompat (hip-hop…hehe) tapi bila on radio tu selalu la jugak dengar.

Cat Farish mengaku ilham buat lagu ni datang dari klip video blue (mengaku jugak dia ye, tengok cite blue!). Maka bekoyan-koyan la SMS dilambakkan dalam akhbar meminta supaya lagu ni digam sebab lucah! Tertarik dengan isu tu, aku check out la lirik dia…aku tengok takde apa-apa lucah pun, innuendo pun tak ada?! Jadi apasal orang kepoh sangat. Ya, memang idea tercetus dari video blue, tapi lagunya tak blue pun? Aku dengar lebih kepada komplen seseorang pasal bapak dia yang tak endahkan keluarga. Yang dok marah-marah ni mesti setakat baca berita tu aje tapi tak selidik dulu!

Lepas lagu tu dipastikan tak berunsur blue, ramai pulak komplen kata lagu tu ‘merendahkan martabat bapa’ dan nanti ‘anak-anak tak hormat bapa’. Ni apa kes pulak? Aku ingat memang la segelintir orang Malaysia sensitif tak bertempat. Agaknya kalau lagu ‘Ayahku Kahwin Lagi’ dicipta pada masa sekarang bukan 60an dulu, maka berkoyan la orang mengutuk jugak....

Tapi yang herannya takde siapa komplen lagu omputih yang banyak guna perkataan ‘make love’ siap banyak kali siar tanpa rasa bersalah. Ada sesiapa tak tahu apa makna ‘make love’ tu? Make love tu maknanya...opocot! David Beckham score dari centre circle! (Tiru konsep iklan ermm ‘pencuci wanita’ kat radio...hehehe)

Sunday, April 22, 2007

Mari Merapu!

Hari ni aku kering idea…jadi aku nak merapu. Ok, dalam bidang hiburan, ada artis-artis Malaysia yang suka meniru artis lain dan selalu kena sound dalam media. Tapi tahu tak korang, artis omputih ada tiru artis Malaysia? Ada.....consider this:

Tahun 60an dulu A. Rahman Hassan tubuhkan satu band diberi nama Nirwana. Lagu hit mereka bertajuk ‘Tak Mengapa’. Tahun 90an pula Kurt Cobain pula tubuhkan Nirvana. Album hit mereka pula diberi tajuk…'Nevermind'. Kebetulan? You decide…

Sekian merapu aku untuk hari ini…

Thursday, April 19, 2007

Fulus Mania!

Beberapa hari lepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan yang pelaburan internet adalah haram kerana terdapat unsure riba’ dan gharar. Dan bukan setakat haram dari segi agama, dari segi peraturan pun Bank Negara nak siasat. Ikut akhbar, lebih 500,000 orang Islam (Melayu le tu) dah terjebak dalam skim ni.

Dari zaman Pak Man Telo hingga sekarang masih ramai Melayu yang masih ingin jadi kaya sekelip mata. Pantang dengar perkataan-perkataan ‘tak perlu buat apa-apa’, ‘modal sikit’, dan ‘pulangan besar’ dalam satu perenggan, maka berterumba le orang kita nak keluarkan duit dengan harapan mendapat pulangan besar tapi tak mengambil tahu halal-haram. Penuh dalam mailbox alternate aku dengan tawaran sebegitu, tu tak campur iklan dalam forum maya. Semuanya gah mengatakan dia dapat ringgit lima digit setiap minggu…dan secara berseloroh (atau menyindir) orang yang makan gaji semata. Bercerita kononnya dapat pakai Beamer atau Merc atau bercuti tiap-tiap tahun ke luar Negara. Tapi sekarang bila dah HARAM, macam mana?


Dulu masa ASN/ASB keluar laju aje orang-orang tertentu haramkan sebab ‘tak tahu ke mana duit tu pergi’. Tapi tang hal ni, lambat aje keluar fatwa ‘tak rasmi’ (atau tak keluar langsung). Gamaknya sebab ni omputih buat manakala ASN gomen buat. Kalau omputih buat ni OK aje!

Ah, aku percaya, akan ada yang masih terus melanggan; sama macam peraduan SMS kat TV, makin galak pulak aku tengok sekarang ni. Ye la, sapa nak dengar cakap ulama, cakap artis aje orang pakai sekarang! Yang sedar sikit tu…apa nak buat, duit beribu-ribu tapi takleh nak pakai. Ada jugak aku dengar orang kata “Saya tak guna buat makan duit tu, buat beli-beli barang aje!” Tak kira le bang oiii!!! Kalau dah haram tu haram le! Kat Utusan hari ni (Rabu) pun ada SMS pembaca yang ‘bengang’ dengan fatwa tu. Katanya depa main pelaburan internet ni sebab nak tampung kos sara hidup dan ‘melibatkan Melayu’. Nak tampung kos hidup ke nak penuhi tuntutan nafsu?

Tuesday, April 17, 2007

'Terowong' Bawah Tambak

Sedang aku surfing sebuah forum tempatan aku terbaca thread mengenai “Terowong rahsia bawah Tambak” Ini keratan yang aku ambil…

“Umum mengetahui Tambak Johor hanyalah sebuah tambak penghubung. Namun sebenarnya pihak British ada menyediakan satu laluan khas di bawah tambak tersebut untuk memudahkan mereka melarikan diri jika berlakunya ancaman perang di Semenanjung Tanah Melayu….

…Wisma Putera wajar menghubungi Singapura untuk mempastikan kewujudan terowong rahsia itu. Ini penting kerana kewujudan terowong inilah yang mungkin mendorong Singapura berdolak-dalik mengenai pembinaan sebuah jambatan untuk menggantikan Tambak Johor…

Hanya pihak Singapura sahaja yang mengetahui akan lokasi sebenar serta pelan lakaran bagi laluan tersebut…

Seorang aktivis masyarakat di Johor Bahru, hari ini menghubungi . Beliau memberikan beberapa perincian mengenai terowong berkenaan… 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya.

macam mana kalau ada pihak-pihak tertentu kini menggunakan terowong itu untuk sesuatu operasi pengintipan dan sebagainya?”

Hidup lagi cerita ni! Sejak aku kecik aku dah dengar pasal terowong ni. Dulu memang aku percaya tapi bila dah dewasa ni aku skeptical sesangat. Kenapa aku rasa camtu? Sebabnya…

1. Kenapa susah2 perlu nak larikan diri melalui terowong sedangkan tambak dah ada? Dan satu lagi, semasa kemaraan Jepun, tambak tersebut dah diletupkan British. Kalau ada pun terowong tu, ianya akan sama musnah bersama Tambak.

2. Bila sebut terowong, orang akan mengaitkan penggunaan dalam peperangan. Tapi dengan terowong sempit, macamana anggota tentera (tu tak kira kenderaan lagi) nak lalu? Dan satu lagi, mana hujung terowong tu? Kota Raya? Sungai Segget? Holiday Plaza? Atau Angsana? Kalau SG nak sangat attack Malaysia, apa kejadah depa dok simpan assault bridge dengan AVLB (armored vehicle-launched bridge) yang lebih efisien untuk obstacle crossing?

3. Yang lawaknya dikatakan ‘Hanya pihak SG aje yang tahu’...tapi kalau dah kata bawah Tambak, itu la lokasinya kan? Dah tu camne aktivis masyarakat siap ada detail dia pulak tu? Sedangkan kononnya hanya kerajaan SG aje tahu? Dan mengenai pengintipan...ni bukan zaman Tok Kadok nak spy masuk ikut terowong. Spy depa takyah nak tinggalkan SG pun dah boleh nak mengintip. Apa tak pernah dengar akronim HUMINT, SIGINT dengan ELINT? Kalau depa nak jugak seberang pasal nak mengintip, baik le cross tambak naik kereta, bayar tol, cop pasport dan bergerak bebas...tak main le terowong2 ni!

4. Ada yang kaitkan terowong ni dengan keengganan SG nak join projek jembatan bengkok @ indah. Entah le tapi pastinya SG ada sebab kenapa mereka tak mahu. Oh, ada yang kata pembinaan jembatan tu nanti membolehkan kapal lalu Selat Tebrau tanpa perlu melalui Selat Singapura – dan seterusnya memusnahkan ekonomi SG. Masalahnya kapal yang boleh lalu area tu Cuma kapal-kapal kecil sahaja dan buka kapal2 dagang gergasi. Lagipun kalau ye pun boleh lalu, SG boleh bertindak balas dengan memindahkan pelabuhan depa ke kawasan Tuas atau Changi!

Sebenarnya memang ada ‘terowong’ bawah tambak tapi hanyalah terowong saluran air – satu percubaan untuk mengalirkan air antara kawasan Stulang dengan Pantai Lido...Juga kalau dah diberitahu...bukan la 'rahsia' kan?

Sunday, April 15, 2007

Yin Oh Yin...

Alhamdulillah, Yin telah pun dijumpai dalam keadaan selamat setelah dua minggu terpisah daripada keluarga. Keluarga yang jumpa Yin dah pulangkan dan juga telah diangkat ke balai untuk siasatan. Tak kisah le, nak kena tengok jugak ye ke apa yang mereka dakwa.

Aku heran apa nak jadi dengan orang KL (mungkin juga mana-mana bandar lain). Pasangan Myanmar tu kata mereka nampak Yin yang dihon kenderaan di hadapan Sogo. Apa orang kat KL tak heran ke tengok budak umur 5 tahun berjalan seorang diri di tengah2 kesibukan KL? Atau semuanya yang berkeliaran kat Sogo tu beranggapan ‘Biarlah, bukan anak/ sedara-mara aku?’

Hah hari ni sorang Menteri ni pulak marah-marah mengenai pasangan Myanmar tu, katanya tak logik la rumah takde TV, ni zaman teknologi la. Datuk, depa mai sini nak kerja, duduk pun tempat orang KL tak nak duduk (nak pronounce pun malu sampai diubah agar ada bunyi omputih) Mungkin depa rasa TV tak perlu. Datuk sendiri ada pernah tengok rumah orang-orang Malaysia yang sepatutnya dibantu Kementerian Datuk? Apa semuanya mampu memiliki TV ke? Jujur tak jujur biar PDRM siasat. Ni satu hal lagi, Datuk dok bising pasal pasangan Myanmar tu…kenapa Datuk tak bising pasal ketidak prihatinan orang KL melihat budak 5 tahun berjalan sendirian? Atau ketidak prihatinan orang-orang yang memberi SMS palsu kepada ibu bapa Yin? Atau Datuk rasa malu sebab yang jumpa budak tu pendatang asing dan bukan orang Malaysia?

Lagi sekali biar PDRM siasat samada betul apa yang pasangan tu kata di TV semalam...

Tuesday, April 10, 2007

Cakap Tak Serupa Bikin - Versi MP

Itu hari tengok Melodi…dengan suara cas macho dan cas marah Aidil dan reporter berkisah mengenai ‘kebanjiran’ artis seberang (Indon la tu). Kononnya kenapa kita terlalu menatang artis luar sampai artis tempatan susah cari makan. Agaknya dia orang lupa kat Malaysia ada beratus-ratus ribu mat dan minah Indon yang gemarkan artis-artis mereka dan ada market kalau mereka dipromosi disini. OKlah tu hal lain. Tapi pokoknya, kononnya depa tak puas hati la dengan kehadiran artis Indon dan orang ramai seolah-olah dipersalahkan dalam hal ini.

TAPI…drama Indon satu demi satu kat TV3 tu apa cerita? Macamana pulak dengan video clip lagu Indon SELEPAS Melodi? Apa cerita pulak dengan lagu Indon yang dipasang di Hot FM? Dan apa alasan TV3 mempromosi artis Indon dalam rancangan mereka? Dan yang lagi ironi ialah lagu ‘Berdua Lebih Baik’ dijadikan jingle untuk promo rancangan baru di TV3!

Apa kes??

Sunday, April 08, 2007

Melatah!

Ni bukan pasal makcik-makcik tapi masyarakat kita secara keseluruhannya

I
Tak berapa lama dulu beredar e-mail (macam biasa) mengenai iklan DiGi. Khabarnya lagu ‘I Will Follow Him’ yang diguna iklan tersebut lagu gereja! ‘Him’ yang dimaksudkan adalah ‘Jesus’ jadi boleh rosak akidah (tengok iklan aje pun boleh rosak ke?) dan itu ‘strategi musuh untuk memusnahkan Islam’. Tapi check punya check (kat http://suratdalambotol.blogspot.com/ ada lebih maklumat) ni lagu lama. ‘Him’ yang dimaksudkan tak lebih dari sang kekasih@ buah hati @ lover..aka ni lagu cinta! Aku rasa lagu ni jadi ‘lagu gereja’ sebab ada dalam filem Sister Act yang di’gospel’kan. Baru la kat situ jadi lagu gereja. Itu pun setakat konteks filem tu aje la. Jadi ianya bukan lagu gereja pada pandangan aku. Lagipun, katakan la Yusuf Islam@Cat Stevens nyanyikan balik lagu tu dan ‘Him’ yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad SAW, adakah kita nak melatah juga dan katakan tu asalnya lagu gereja juga dan tak boleh didengar? Camne?

II
Sebut pasal melatah ni juga, aku teringat pada World Cup 2006 dan juga 2002. Diedarkan gambar bolasepak yang dihiasi bendera Negara-negara peserta, termasuk Arab Saudi. Maka berkokok dan berkicau la pelatah-pelatah ni di talian-talian e-mail mengatakan ‘musuh menghina Islam’, ‘Kurang Ajar’ dan sebagainya. Ya, sekali tengok memang begitu. Tapi adakah kita terfikir bahawa ‘souvenir’ begitu dibuat secara ‘cetak rompak’ (sebab tak ambil lesen dari FIFA) dan bagi pembuat barangan tersebut kalimah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah, gambar pedang dan tanah hijau hanyalah bendera sebuah negara Arab? Dan, sebab mereka bukan pemeluk agama Islam mereka tak tahu kesucian kalimah tersebut? Apa yang boleh dibuat ialah menasihatkan pekedai yang ada stok barangan tersebut supaya menarik semula penjualan kerana sensitiviti masyarakat, itu sahaja. Ini abis penuh mailbox aku! Juga, kalau itu ‘agenda musuh’ kenapa official (dan unofficial yang dari Barat) souvenir tak dicop Kalimah Syahadat tersebut, hanya sekadar warna-warna hijau putih atau lambang kerajaan Arab Saudi (pokok kurma dan pedang bersilang)? Sedangkan Barat ‘musuh’??

III
Akhirnya. Aku teringat masa Gulf War I / Operation Desert Shield/Desert Storm. Ramaila orang-orang yang menjerit-jerit menyokong kuat Saddam Hussein yang nak mempertahankan Islam (tapi tang Saddam attack Kuwait dulu depa tak terpikir!). Selain termakan propaganda Iraq, aku ingat depa ni pun terpesona tengok kalimah Allahuakbar yang berada di celah-celah bintang hijau bendera tersebut. Aku rasa depa ni tengok yang Saddam Arab dan bendera dia ada Allahuakbar maka dia ni pejuang Islam tulen la. Tapi agak-agaknya depa ni perasan tak sebelum Ogos 1990, bendera Iraq hanyalah garisan merah, putih dan hitam serta dua bintang hijau – tiada kalimah ‘Allahuakbar’. Bagi aku Saddam Hussein hanya memanipulasi orang-orang Islam lain untuk kepentingan diri sendiri. Dan sekarang kerajaan sedia ada mengekalkan kalimah tersebut sedangkan umum mengatakan mereka hanyalah boneka US. Jadi, macamana sekarang?

Opocot! *&%$#@!

Thursday, April 05, 2007

The Fast And The Idiots

Itu hari (lama la jugak) aku ke rumah mak sedara aku di Wangsa Maju. Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi – walaupun boleh dikatakan KL bandar yang hampir ‘tak tidur’, ada tempat-tempat yang dah agak sunyi, macam Jalan Genting Kelang. Sedang aku meluncur dihadapan Hospital Tawakal, aku perasan dalam rear-view mirror dua pasang lampu bergerak laju. Dalam hati aku, aku berkata ‘Hmmm merempit le tu’. Dalam jangkamasa singkat dua pasang lampu tersebut dikenalpasti milik sebuah Proton Perdana dan sebuah Perodua Myvi yang berdesup memotong aku. Aku membuat remark kat wife aku ‘Dia orang ni orang-orang alim, banyak pahala. Sebab tu depa drive laju macam tu, mati cepat, tak sangkut dosa!’. Dan dua pasang lampu halogen tadi bertukar menjadi dua pasang lampu belakang berwarna merah. Dan aku nampak kedua-dua Vin Diesel celup tadi nak memasuki simpang ke BB Sentul. Yang Perdana lepas, tapi, dalam gaya Vin Diesel (The Fast And The Furious daaa) celup sejati, si Myvi tak dapat pusing stereng dengan baik lantas melambung atas pembahagi jalan, melanggar tiang papan tanda dan seterusnya melanggar sebuah Proton Iswara yang sedang menunggu giliran lampu hijaunya.

‘Malangnya’ aku tak berhenti di situ dan teruskan perjalanan sebab dah awal pagi. Tapi aku rasa pemandu Iswara tersebut tak mengalami kecederaan parah kerana Myvi tadi melanggar bahagian belakang (tapi camne kalau ada penumpang?) Cuma hati aku berkata “Skill tak sama tinggi dengan nafsu nak main street racing, menyusahkan orang lain pulak tu!” dan “Eloknya si Myvi tu hidup…tapi jadi macam Jiman le, biar tanggung azab sampai mampuih!”

Tuesday, April 03, 2007

"Yahudi Tak Minum Coke - Nanti Mandul!"

Pernah terima email atau jumpa posting dalam forum maya sebegini?

"Assalamualaikum kengkawan... Last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang Egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya.Dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study hal umat Islam kat mesir tu.

Dia
beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the Jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam ialah dgn menghasilkan produk coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women.Menurut mamat tu lg, kat Israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!

And
kalau korang pernah terima forwarded email pasal betapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! And for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan?Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking buying coke & pepsi."

Ohh ustaz bagitau…sebab ada Yahudi sendiri bagitau…kalau gitu, boleh siapa-siapa tolong jelaskan mengenai gambar di bawah ni?




Kalau tak dijual di Israel, kenapa pasang iklan bertulisan Hebrew? Bukankah fungsi iklan ilah mempromosikan jenama? Oh, masa aku kat UK aku tengok geng-geng Yahudi ni minum Coke macam takde apa-apa pun? Cokenya pun dari vending machine yang sama dengan aku guna...tu tak kira Yahudi-Yahudi kat lokasi lain...

Orang-orang yang sebar cerita "Coke boleh sebabkan kemandulan – sebab tu kat Israel takde Coke" ni, nak diklasifikasikan sebagai apa? Atau adakah mungkin sebab walaupun moden, ada orang kita masih seperti "the frog under the coconut shell" yang perlu sesangat "bangun dan hidu bau kopi"? Dan mengenai betapa berasidnya Coke tu...aku dah buat poting pasal hal tu. Untuk ujian segera samada Coke boleh menyebabkan kemusnahan dalam jangkamasa pendek, cuba check mulut korang, hancur tak sebab minum Coke (atau air berkarbonat lain). Kalau hancur ke, terbakar ke, cair ke..betullah asid dalam Coke sangat mengkakis. Kalau tak...

Aku
bukan ada saham dalam Coke dan bukan sokong Yahudi...tapi kalau orang kita dok sebar/percaya cerita-cerita camni...tak heran la kenapa orang kata bangsa Yahudi tu bijak-bijak!

Sunday, April 01, 2007

Artis, Datuk dan Sojar

Apa persamaan antara Siti Nurhaliza, Yusuf Haslam, Jins Samsudin, M Daud Kilau, Ahmad Jais dan A. Rahman Hassan? Senang aje kan? Semuanya ada Datuk/Dato. Ramai yang rasa hairan kenapa mereka diberi darjah yang membawa gelaran datuk, terutama kepada artis-artis. Termasuk aku, no disrespect, tapi apa sumbangan artis kepada pembangunan dan kemajuan Negara? Kalau bawa nama baik negara ke pentas dunia OK juga, ni setakat buat drama polis yang membosankan? Ada juga yang kata kenapa artis diberi pingat sedangkan anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan Negara tak dapat ‘Datuk’?

Walaupun ada artis yang dapat Datuk, dan bekas anggota tentera seperti PW1 (B) Kanang anak Langkau takde gelaran apa-apa, sebenarnya yang takde gelaran tu lebih tinggi nilainya. Yusuf Haslam dapat Pingat Panglima Jasa Negara, PJN yang membawa gelaran Datuk. Kanang dapat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, SP. Tapi dari darjah kekananan, SP berada di #1 dalam senarai manakala PJN #9. Ya, bagi aku, memang ‘Datuk’ lagi glamer tapi tak begitu bernilai sangat (sebab banyak sangat, baik anugerah Federal mahupun Negeri) lagipun untuk mendapatkan SP, penerimanya perlu membayar dengan darah dan nyawa – YDP Agong menyematkan pingat tersebut ke dada beberapa orang sahaja penerima, yang lainnya hanya diterima waris terdekat mereka. Untuk Dato’? Aku dengar bayar pun boleh...aku dengar aje la....tu yang tak lama dulu isu ‘terlalu banyak Dato’ ditimbulkan....

Takpe la, biarla artis dapat Datuk...sebab #9 aje kat Federal...hebat camne pun artis tu, aku rasa depa takkan dapat SP, civilaian pun baru sorang je dapat - Allahyarham Jalil Ibrahim. Hmmm aku pun terfikir, ditakdirkan la negara kita ditimpa konflik bersenjata, ada tak artis-artis Malaysia ni boleh menjadi James Stewart, Douglas Fairbanks Jr atau Clark Gable?