Tuesday, March 27, 2007

Zaman Sekolah - Edisi Gigi Dan Makan

Masa aku sekolah rendah, sekolah aku adakan program kesihatan oral/dental untuk budak sekolah. Maka diadakan program menjaga gigi dimana kami diminta membawa berus gigi dan cawan ke sekolah. Misi nanti tunjukkan cara memberus gigi yang betul. Ada sekali aku lupa bawak berus gigi dan akibatnya aku kena pakai berus gigi yang dah kembang dan berbau, ihsan klinik gigi! Nak termuntah aku…kena pulak ‘kosong’ macam tu aje (tak bubuh ubat gigi) Lepas tu kami semua dimestikan ke klinik gigi (kena pulak kat sekolah aku ada klinik gigi…bila nampak misi datang dengan kad hijau, masing-masing mula la menggelisah. Sapa2 yang namanya naik alamat akan dibawa ke klinik dengan iringan gelak-ketawa (sebab terlepas tapi tak sedar giliran dia orang akan datang!) Aku masih terngiang-ngiang lagi bunyi drill gigi...ngilu siot!

Selain tu, masa aku Darjah Satu, ada ‘Program Makanan Tambahan’. Bila fikir balik, aku rasa program ni sesuai untuk sekolah luar bandar, atau untuk sesetengah pelajar aje. Ini semua orang dapat. Tapi apa yang aku ingat, aku cuma makan hari Rabu aje..pasal nasi goreng. Hari lain bubur, nasi putih dengan lauk tak sedap…baik aku makan apa yang mak aku masak! Kantin buat cincai aje, apa taknya, kacang panjang goreng masih ‘rangup’ bila dikunyah! Juga masa aku dah Darjah Lima, muncul program susu pula. Susu kotak UHT dijual dengan harga 30 sen….mana nak dapat sekarang? (sebelumnya susu segar dari Pusat ternakan kat Ayer Hitam) Cuma masa tu terdengar desas-desus susu berulat dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah tak terkena kat aku – atau adakah itu semua ‘urban legends’ sahaja?

Tapi
sekarang, adakah lagi program sebegitu? Atau semuanya berkisar exam, 5A, sekolah asrama, 5A, exam.....

Sunday, March 25, 2007

Kenapa Saya Minat Hobi Saya

Macam siot aje tajuk tu…ni sebab aku dah kering la ni…

Ada orang tanya aku “Berapa banyak kau habiskan duit beli model ni?” sambil menjeling ke almari-almari model aku. Aku tak jawab sepenuhnya Cuma kata boleh la tahan sambil ketawa kecil. Sebenarnya bila aku kira balik, memang dah beribu-ribu ringgit aku guna untuk beli model. Itu tak campur cat dengan peralatan sampingan lain. Aku tahu, ada orang yang dengan sinisnya berkata (dalam hati) yang aku ni macam budak-budak yang masih main ‘toys’ lagi. Toys mahal pulak tu. Well, bagi aku (dan juga semua modeler) apa yang aku buat bukan ‘toys’ sebab aku tak bawak main model Zero Fighter dengan Tomcat aku untuk ulangi aksi filem ‘The Final Countdown’ atau sorong model Tiger I aku sambil melanggar segerombolan askar plastik. Tidak, kalau aku buat camtu maka selain nampak kebudak-budakan, aku juga ambil risiko model tu mengalami cedera parah yang tak boleh diperbaiki! Bagi aku memiliki model bermakna memiliki sebahgian daripada sejarah. Aku tak mungkin boleh membeli pesawat F4U Corsair secondhand atau pesawat Sabre TUDM sebenar. Tapi aku mampu memiliki satu replica peralatan tersebut. Tambahan pula aku memang meminati sejarah dan dunia ketenteraan – jadi ini sahaja peluang aku ada untuk memiliki persenjataan canggih! (Hahaha!)

Satu lagi, scale modeling ni boleh juga dikira satu karya seni. Satu-satu model tu bukan hanya dipasang dan dicat mengikut arahan yang diberi. Untuk menzahirkan replika, ianya perlu melaui proses ‘weathering’ dan sebagainya supaya ia menyerupai keadaan sebenar. Pernah tengok kereta kebal yang merelit? Tak? Maka model kereta kebal (sebagai contoh) juga harus kemik di tempat-tempat tertentu, berdanor dengan lumpur, gris, tapak kaki, calar-balar dan 1001 lagi kesan ‘wear and tear’. Dan bukan mudah untuk menghasilkan efek tersebut pada model yang berkali-kali ganda lebih kecil dari sebenar. Skil aku tak seberapa modeler terkemuka (kalau depa skil Da Vinci, aku budak Form 3 yang manjang dapat ‘C’ dalam Lukisan!) tapi aku tetap puas.

Dan sebut pasal puas, kepuasan membina model ini datang dari proses pembinaan – dari membuka kotak hingga model tersebut dipamerkan. Rasa seronok timbul bila melihat sub-assembly mula membentuk rupa model tersebut. Sama la macam kaki pancing, rasa aku kepuasan hobi depa bukan setakat mendaratkan Marlin 20kg sahaja tetapi juga dari usaha berlawan dengan marlin tadi. Aku sentiasa ternanti-nanti rupa ‘karya’ aku setiap kali aku siap satu stage pembinaan. Setiap kali siap satu fasa, aku rasa teruja nak meneruskan fasa selanjutnya.

Dan akhirnya pasal kos. Aku tak nafikan hobi ni agak mahal. Basic tools untuk buat model terdiri dari cutter, file, gunting, pisau, scriber dan pin vise. Tu tak campur gam, cat dengan berus. Rasa aku basic tools ni mau makan dekat RM200. Cat pulak bukan semua model boleh pakai, jadi boleh ada berbotol-botol cat dalam stor aku. Cat pulak kalau brand Tamiya, RM9.90 sebotol. Kalau dah 50 botol berapa ringgit? Aku masih mengekalkan sistem cat pakai berus jadi aku tak perlu keluar RM700 sampai RM1000 untuk beli airbrush dengan compressor (sepatutnya aku kena beli sebab cat pakai berus ni, model nampak hampeh la). Modelnya pulak boleh tahan harga. Yang dari Jepun biasanya paling mahal manakala dari Eropah Timur dengan China paling murah. Kulaiti pun berbeza-beza. Yang Jepun memang A1, yang China, ada brand yang kualitinya A1 ada yang hampeh. Sebab tu aku selalu surf net tengok review jadi aku boleh sedia bajet untuk model mana yang aku nak beli. Apa-apa hal pun aku rasa lebih kurang aje kos hobi ni dengan hobi lain (mungkin lagi murah – dulu aku tengok full set golf dah dekat RM3000 tu tak campur membership lagi)

Satu lagi ‘plus point’ hobi ni ialah…aku tak perlu ke mana-mana bila nak buat. Cukup dengan aku berada dalam rumah sendiri. Wife aku pun tahu aku kat meja dapur (sebab takde hobby room, tengok la bila pindah rumah nanti). Kalau memancing ke golfing ke, sah-sah takde kat rumah – silap-silap si suami boleh melencong pulak! Kalau wife aku nakkan aku (tolong buat kerja rumah la! Ingat apa?) atau anak nak bermanja, aku boleh tinggalkan kejap kerja aku dan kemudian sambung balik. Satu lagi, aku pun boleh libatkan wife aku sekali. Biasanya bantuan dia diperlukan bila aku tak tahu model mana nak dibeli atau dibuat dahulu!

Thursday, March 22, 2007

Antara Timun Dan Vitamin C

Konon ceritanya…


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

Mula-mula aku ingat benda ni merapu…tapi dikatakan memang timun ada bahan yang boleh meneutralkan bahan karsinogen. Tapi kalau nak menyeluruh nak buang karsinogen..maka makan roti canai pun kena makan timun (yang hitam-hitam kesan terbakar tu karbon la tu) dan lepas hisap rokok pun kena makan timun…hehehe. BTW, karsinogen ialah bahan yang menyebabkan barah, bukan satu ‘keadaan’.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

Arsenik mmg racun merbahaya – bahan terkenal untuk pembunuh membunuh mangsa tanpa disedari sejak beratus-ratus tahun. Haiwan laut mungkin ada sedikit arsenik dalam badan...tapi terlalu sedikit dan tidak memudaratkan. Aku tak nampak kenapa makan pil vitamin C boleh menyebabkan keracunan arsenik...kalau makanan laut tu dah tercemar dengan arsenik, tak makan dengan vitamin C pun dah boleh nak kiok dah!

Kalau betul tak boleh makan udang dengan pil vitamin C (or for that matter, makanan mengandungi vitamin C), maknanya tak boleh la makan sayuran hijau dengan rencah udang (sayur hijau ada vitamin C) ataupun makan udang dengan jus oren...gitu?

Tuesday, March 20, 2007

Fashion (Non)Sense Bebudak Melayu

Blackpurple ada tulis entry tak berapa lama dulu mengenai awek Melayu sekarang. Aku takleh la nak tulis prosa camtu…takde bakat! Tapi kat sini aku nak sentuh sikit pasal fashion 'sense' dan ikutan budak-budak Melayu…

Aku mulakan dengan aweks. Macam BP cakap, ramai gadis-gadis Melayu yang menayang pusat, alur punggung dan alur dada. Best? Ya, free aje aku dapat dosa kering! Memang la nafsu aku kata…'bang best bang, nampak longkang bang…pehhhhh!!!' Tapi lurah dan bukit (ehem) tu la yang antara penyebab kes baby dalam tandas dan sebagainya. Mungkin yang terdedah tu tak buat tapi yang bertudung jadi mangsa pasal boyfriend ta tahan tengok yang lain…dia nak lepaskan kat awek dia! Oh, sebut pasal bertudung ni…pakai tudung, tapi lipat belakang, nampak errr bonjolan. Dah la tu, baju short sleeve, ketat, pendek…seluar pun layaknya dibalut kat buah nangka! Amende punya pesen tu?

Satu group lagi…mat punk. Aku kalau ada ilmu silat Tujuh Petala Langit Tahap Ketujuh Juta dengan Kuasa Tendangan Hidro 70,000hp…nak aje aku gelakkan mamat punk depan-depan depa. Kenapa? Sebab punk ni budaya 70an! Mat saleh pun dah berapa kerat aje yang berambut macam puak Mohawk atau rambut kaler macam Paddle Pop pelangi. Sungguh outdated tapi berlagak macam up-to-date. Satu lagi, yang aku pernah jumpa punk kat UK dulu, takde la jenis nak bergaduh ke kasar ke apa..kebanyakannya ‘biasa’ aje. Bukan macam bebudak punk ni yang pantang kena cuit sket nak bertumbuk…Oh, tak semestinya rambut macam landak tu punk ye…tapi gaya2 punk boleh dikenali dengan rambut kaler striking / paddle pop pelangi dengan suka cucuk benda entah apa-apa (paku dan pin antaranya) kat badan atau pakaian

Dan sebut pasal bertumbuk ni…satu lagi grup yang perasan depa ni omputih. Skinheads. Skinheads grup yang berkepala botak samada licin atau tinggal tunggul aje. Gang-gang ni suka pakai jaket dengan jeans dan melaungkan slogan Nazi atau perkauman. Ha ye...kalau ikut aku, aku kumpul aje diaorang ni lepas tu campak kat Nurnburg atau Hamburg kat Jerman...kasi depa berdepan dengan skinhead SEBENAR. Heh...kulit sawo matang nak jadi skinhead. Sampai Jerman mampus depa semua kena bunuh! Mana ada Nazi kulit gelap? Ni semua jenis ingat yang barat tu bagus sangat la!

Dan akhirnya, gothic. Ni satu hal lagi...ingat lawa sangat pakai serba hitam? Dah la sawo matang (takpun terlebih 'matangnya') cukup tak kena dress macam tu. Dah la tu, KL tu panas, siap boleh berkot, berjaket, baju dua-tiga lapis dan bertai lagi! Mekap pulak macam hantu kubur. Aku tak pasti sangat, tapi konsep gothic ni kalau tak salah ada kaitan dengan keagamaan...jangan le korang memandai nak ikut-ikut. Tapi kalau takde kaitan keagamaan pun, toksah pakai la, buruk sungguh! Aku ingat boleh dikategorikan sebagai ‘pencemaran mata’ la. Hmmm kalau tak salah, itu hari masa anugerah Skrin ke hape, si Que Haidar berias macam tu jugak...aku tengok dah macam Toyol Haji Dawam pulak!

Sunday, March 18, 2007

Baju Bola Punya Cerita

Replica shirt @ jersi @ baju bola boleh dikatakan jadi kemestian untuk peminat bola masa kini teruatamanya sejak awal 90an bila bolasepak mempunyai nilai komersil yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Tengok aje di mana-mana bolasepak menjadi permainan ‘utama’ baik di England mahupun Malaysia, jersi pasukan-pasukan ternama sentiasa kelihatan di khalayak ramai sebagai tanda sokongan individu berkenaan terhadap pasukan pujaan (dan pemain) mereka. Cuma harga jersi original yang boleh mencecah RM300 yang menjadi halangan. Tapi terima kasih kepada industri cetak rompak, baju-baju bola ni boleh dibeli hingga serendah RM20. Dulu kualiti cetak rompak ni teruk ditambah dengan label entah apa-apa (ingat Fly Hawk, Joelouis dan lain-lain?) Sekarang kualitinya lebih baik dan diletak logo jenama asal. Tak la segan sangat nak pakai…

Aku pun tak terkecuali (tapi tak beli cetak rompak punya – bukan berlagak tapi sebab takde saiz!). Masa aku kat UK dulu memang aku beli la terutama masa summer sale bila jersi lama dijual setengah harga (GBP16-17 lebih kurang RM64-68 masa tu). Yang baru pun aku beli jugak bila ada duit lebih. Dan pastinya jersi Man Utd yang aku cari (ye la aku support Man U!) Tapi jersi lain pun aku beli jugak kalau berkenan kat mata. Tapi jangan gatal2 nak pakai kat tempat selain bandar/ kawasan asal team tu. Aku dulu pernah budak2 muda mat saleh cakap indirectly kat aku “What the F**k?!“ bila aku pakai jersi Blacburn Rovers kat London! Terus aku tukar T-shirt biasa kat toilet!

Untuk bukti betapa biolnya aku, aku bagi list baju yang aku beli. Tapi banyak aku dah bagi orang/jual. Yang bertanda (*) tu dah takde lagi dengan aku….

Manchester United (home) 1994-96
Manchester United (home) 1996-1998 ‘Solskjaer 20’
Manchester United (home) 1998-2000 ‘G. Neville 2’
Manchester United (home) 2000-2002 ‘Yorke 19’
Manchester United (home) 2002-2004 ‘v. Nistelrooy 10’
Manchester United (away = kelabu) 1995-96 ‘Sharpe 5’
Manchester United (away = putih) 1996-97 ‘Giggs 11’*
Manchester United (away=putih) 1997-99 ‘Keane 16’
Manchester United (away=dark blue) 1999-2000 ‘Giggs 11’
Manchester United (third=hitam) 1998-99 ‘Stam 6’
Manchester United (third = biru putih) 1995-96 ‘Cantona 7’
Manchester United (third=biru) 1997-98 ‘Beckham 10’*
Manchester United (third=putih) 1999-2000 ‘Scholes 18’
Manchester United Champions League 1999-2000*
Tottenham Hotspur (home) 1995-1997 ‘Fox 7’
Tottenham Hotspur (away) 1994-95*
Tottenham Hotspur (third) 1996-97 ‘Sheringham 10’*
Newcastle United (home) 1995-1997 ‘Ginola 14’*
Newcastle United (home) 1999-2001 ‘Shearer 9’*
Blackburn Rovers (home) 1994-1996
Blackburn Rovers (away) 1995-96*
Sheffield Wednesday (home) 1995-97 ‘Carbone 8’*
Arsenal (home) 1996-98 ‘Vieira 4’*
Chelsea (home) 1996-98 ‘Le Saux 14’*
Paris Saint-Germain (home) 1997*
Ajax Amsterdam (home) 1996-98
Ajax Amsterdam (away) 1996-98*
Bayern Munich (home) 1995-97*
Glasgow Rangers (home) 1996-98
Juventus (home) 1997-99 ‘Del Piero 10’*
England (home WC98) ‘Shearer 9’*
Argentina (home WC98) ‘Batistuta 9’
Italy (home Euro 96) ‘Maldini 3’*
France (home Euro 96) ‘Zidane 10’*
Scotland (home WC98)*

Baju
Man U biru 'Beckham 10' tu ada cerita kelakar sikit. Ada sorang 'lalang' ni kata kat aku..."Wei, mana Beckham pakai nombor 10!" Aku bedal balik "Wei lalang, season 96-97 dia pakai 10 le...sebelum tu pakai 24...engkau ni Man U menang Treble baru nak terhegeh-hegeh support apa kes?"

Thursday, March 15, 2007

Sijil Pelajaran Malaysia

Result SPM dah keluar. Di sekolah-sekolah sekitar Malaysia banyak la muka-muka ceria dengan senyuman dari telinga ke telinga. Tak kurang juga yang menangis melolong atau muka seperti ayam berak kapur. Dan dah macam trend pula, top-top student mendapat berbelas-belas A1 sebagai bukti kebijaksanaan mereka. Tahniah dan simpati (sebab diberi harapan palsu) kepada Nadiah Amira Jamil yang dinobatkan mendapat 19A1 tapi rupanya 14 A1 3 A2 dan 1 B3. Bagaimanapun mendapat 14A1 tu dah cukup hebat dah.

Tapi aku rasa exam SPM ni nanti dah macam litar Formula 1 pulak, budak-budak berebut-rebut nakkan seberapa banyak A1 sebab nak pecahkan rekod. Nasib baik juga Kementerian Pelajaran nasihatkan supaya ambil 12 matapelajaran sahaja. Aku rasa mak bapak pun gila-gila suruh anak ambik semaksimum matapelajaran yang boleh sebab selain bangga dapat anak pandai, dapat juga tumpang glamer, kan? (Kalau dapat, katakan 15A, kalau 15E? Hahaha). Itu yang gamaknya orang kata makin pressure jadi pelajar sekarang ni. Tapi dalam duk sibuk kata result SPM bertambah baik, Sevven dalam blog dia kata student dia nak selesaikan linear equation pun tak reti…apa kes?

Tak tahu la samada budak-budak sekarang makin pandai atau SPM makin kacang. 17 tahun dulu (lamanya aku dah tinggalkan sekolah!) tengok member yang dapat 9A1 tu macam dah genius gila dah...kena pulak yang ambil English 1119 menjadikan 10A1 semuanya. Kalau dibandingkan result SPM sekarang, mamat yang dapat 9A1 tu macam average (atau under-average) berbanding result bebudak sekarang. Apatah lagi aku yang Cuma dapat 3 A1, 1 A2, 1 C3, 1 C4 dengan 2 C5. (aku amik 9 subjek, tapi nape sijil SPM aku tulis 8 aje ha? Hehehe) Kalau tu result aku sekarang...alamat kena sound gila2 le! Macam fail exam gamaknya.

Dan sebab nak dapatkan semaksima A1 ni la agaknya ada sepasang anak beranak ni bapaknya 53 tahun, anaknya 13 tahun claim depa berdua dapat 24 A1! (Sekolah top kat Ipoh pulak tu kononnya) Kementerian check rupanya auta aje…agaknya depa pun nak glamer masuk paper jugak. Satu lagi aku tengok, walaupun Kementerian tak umumkan siapa top of the top student, budak-budak yang dapat keputusan teratas tetap di umumkan. Dan dari 9 orang, aku tengok 2 aje lelaki. Apa dah jadi ni? Bukan setakat SPM aje, kat Uni ni aku tengok yang dapat Pingat Emas Canselor dengan Naib Caselor majoritinya pun pompuan jugak!

Tuesday, March 13, 2007

Apa Handset Anda Boleh Buat....Ye Ke?

I
The Emergency Number worldwide for **Mobile** is 112.* If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile w ill search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. **Try it out.**

Betul…tapi ada syaratnya. Syaratnya ialah perlu ada signal telefon selular (tak kira la Celcom ke, Digi ke, Maxis ke). Kalau takde langsung (bar kosong) macam jauh kat dalam hutan, tak boleh pakai jugak!

II
Subject: Have you locked your keys in the car? Does you car have remote keys?*This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone:If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their cell phone from your cell phone.Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock. Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other "remote" for your car, you can unlock the doors (or the trunk). Editor's Note: *It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a cell phone!"*

Nope…yang ni boleh kata temberang sebab frekuensi remote dengan frekuensi talian selular yang berbeza.

III
Subject: Hidden Battery power
Imagine your cell battery is very low, you are expecting an important call and you don't have a charger. Nokia instrument comes with a reserve battery. To activate, press the keys *3370# your cell will restartwith this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your cell next time.

Nope…aku difahamkan, ini fungsi ‘Half Rate Codec’ Nokia. Bukan tambah power bateri tapi ‘reserve’ power bateri…trade-off dia? Mutu suara yang rendah berbanding biasa. By the way, nombor yang perlu ditekan ialah #4720#. *3370# akan aktifkan ‘Enhanced Full Rate Codec’ yang akan makan bateri lebih CEPAT!

IV
How to disable a STOLEN mobile phone?To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 . A 15-digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. when your phone get stolen, you can phone your service provider and give them thiscode. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoeverstole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

Aku baca memang keluar nombor tu. Tapi bila aku cuba dengan Nokia dan Sony Ericsson…tak keluar nombor apa- apa pun? Tipu ka?

Thursday, March 08, 2007

Cenderawasih...Burung Di Awan



I – Fakta

Cenderawasih atau bird of paradise (family paradisaedia) adalah sejenis burung yang boleh dijumpai di timur Indonesia terutamanya di Irian Jaya, Papua New Guinea serta timur Australia. Habitat utama burung ini ialah dari kawasan berpaya sehingga kawasan pergunungan dan setakat ini saintis telah mengenalpasti lebih kurang 40 spesis burung cenderawasih. Burung cenderawasih mempunyai ciri fizikal yang lebih kurang sama dengan burung merak iaitu burung jantan mempunyai bulu yang berwarna lebih cerah, panjang dan menarik/cantik (bertujuan untuk memikat burung betina) berbanding burung betina. Selain mempunyai ekor panjang, beberapa spesis burung cenderawasih turut mempunyai bulu ‚aerial’ yang tumbuh dari kepala dan memanjang ke ekor.

Bulu burung cenderawasih yang cantik digunakan oleh masyarakat pribumi New Guinea didalam pakaian dan adat resam mereka serta dijadikan persiahan pada topi oleh masyarakat Eropah. Pemburuan yang tidak terkawal (sehingga awal abad ke-20) serta kemusnahan habitat telah menyebabkan beberapa spesis cenderawasih terancam dan kawalan ke atas aktiviti perburuan dan pengedaran telah dikenakan bagi melindungi haiwan ini.

Itu faktanya....

II – Mitos

Mitos dan kepercayaan karut menyelubungi burung cenderawasih. Mengikut kepercayaan orang Melayu (yang walaupun menganut Islam tapi masih percaya benda khurafat yag boleh membawa kepada syirik)

- BOP (bird of paradise / cenderawasih) mempunyai khasiat perubatan

- BOP mempunyai tuah, memiliki bulunya saja dah cukup untuk membawa tuah kepada pemiliknya. Kononnya boleh menjadi alat pengasih, menambah seri wajah, bertambah kuasa (bagi pemerintah), menjadi kaya raya dan dipandang mulia. Ianya diguna sebagai pelaris untuk perniagaan

- Cenderawasih bukan burung dunia, tapi dari kayangan (WTF?) dan hanya turun ke bumi untuk mati itupun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun, itu pun di New Guinea sahaja. Ia tak berkaki sebab sentiasa terbang di kayangan

- Bangkai BOP tak reput malah berbau wangi sebab minum embun syurga (sat syurga sat kayangan)

- Kisah kejadian BOP yang merepek meraban bagi aku....

Itulah orang kita, apa yang ditulis dalam ‘kitab’ Tajul Muluk diterima 100% sebagai fakta. Walaupun tak menyeluruh, masih ada orang percayakan mitos yang aku nyatakan di atas tu. Aku gelak terguling-guling (exaggerate aje) bila aku dengar yang BOP berasal dari syurga/kayangan. Tang syurga tu OK lagi, tapi ‘kayangan’ tempat dewa-dewi melepak. Yang bestnya, ada pemilik BOP ni menyangkal fakta bahwa burung ini hanyalah burung dunia nyata yang tinggal di hutan (atau dibela). Alasannya? Sebab kitab lama Melayu kata BOP asal dari kayangan! Ha!

BOP mungkin dianggap tinggal dikayangan/atas awan sebab habitat mereka jauh dipergunungan New Guinea. Gunung kan selalu kena lindung kabus dan awan kan? Satu lagi, tak semua burung jejak kat tanah, bukan setakat BOP aje. Cuba tengok burung layang-layang, pernah nampak dia hinggap atas tanah? Dan memang la BOP mati jejak tanah, takkan dia mati naik ke langit pulak! Dan pasal tak berkaki, ianya disebabkan pemburu dah siap potong kaki burung tu dan saja buat cerita kononnya burung tu tak berkaki. Mat saleh pun termakan cerita tu! OH BTW, kalau BOP turun ke bumi untuk mati dan seekor aje, mana datang gambar kat ats tu? Kayangan ke syurga?

Pasal berbau wangi tu, Wallahu’alam sebab ada juga haiwan yang berbau wangi macam...aiseh aku lupa la tapi spesis musang. Kalau dah dijadikan wangi, wangi la dia walaupun minum air longkang! Takpun dah inject pewangi?

Tapi pasal kepercayaan yang BOP boleh membawa tuah yang paling mengarut dan membahayakan akidah. Apa taknya, ada ke makhluk yang membawa tuah (or for that matter, sial?) Tak ada! Islam sendiri dah menegaskan perkara ni. Antara tempat yang teruk dilanda kepercayaan ni ialah negeri2 utara, terutamanya Kedah. Masa aku baru duduk Kedah, aku heran kenapa banyak kedai, baik Melayu, Cina atau India gantung gambar Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah (memerintah 1882-1943). Sedangkan kebiasannya gambar Sultan yang sedang berada ditakhta (Sultan Abdul Halim). Lepas-lepas tu baru aku tahu, gambar tu kononnya bawa ong/tuah. Sebab apa? Sebab kat songkok Sultan tu ada bulu cenderawasih! Gambar aje pun boleh bawak ong ka?? Samada gambar frontal profile atau full body, banyak digantung di kedai-kedai. Sekarang lagi canggih, gambar B&W asal diprint taruk warna! Aku bersembang dengan sorang ustaz ni. Dia kata nak kontek Harian Metro ke mintak dedahkan perkara ni sebab katanya makin teruk fenomena ni. Kalau setakat non-Muslim suka hati depa la kata ustaz tu. Ini yang Melayu/Islam pun dah ramai join sekaki, apa kes??? Satu lagi, dah kena samak ke BOP tu nak buat ‘ubat’? kalau tak samak, bangkai oii!

Tuesday, March 06, 2007

"Breakfast With Stars"

Dihadapan sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Barisan-barisan kereta mewah yang tak mampu aku miliki mengambil giliran untuk menurunkan penumpang. Di hadapan lobi hotel itu terbentang permaidani merah menyala yang lebih lebar dari yang digunakan untuk menyambut tetamu kenamaan dalam majlis rasmi negara. Beberapa orang anak muda (dan tua juga) berdiri di balik barrier rope menunggu kehadiran tetamu. Di hujung karpet merah tadi segak berdiri bellboy membukakan pintu kereta untuk tetamu yang sampai. Tetamunya pula adalah artis-artis tanahair – yang lelaki segak bertuxedo atau ber’suit’. Yang pompuannya gah mempamerkan lekuk dan lurah ala-ala Beyonce atau J-Lo gitu. Kebanyakannya datang berpasang-pasangan walaupun takde hubungan apa-apa hatta awek-balak. Sambil berjalan tersengih-sengih ada yang bersalaman dengan peminat yang menunggu. Sampai di pangkal karpet mereka ditarik oleh pengacara yang menerumah mereka. Begitu stylo dan nampak kelasss gitu. Ada yang berkata mereka teruja berada di majlis ini. Setelah itu mereka ke dalam dewan/ ballroom untuk majlis yang mereka telah menerima undangan sebelumnya. Untuk apa mereka ke sana? Oh, untuk "Breakfast With Stars" sempena Academy Awards. Gahnyaaaaa! Glamournyaaaa, macam Hollywood gitu!

Cit podahhhh!! Aku rasa ini antara benda paling ‘bodoh’ yang dianjurkan kat Malaysia. Apa tak bodohnya....
- Pukul 7.30 pagi, pakai glamer2 (yang pompuan lagi best sebab pakai EVENING gown/dress). Sewel tak? (itu nasib baik 7.30 pagi, kalau 2.30 pagi?)

- Program Breakfast With Stars tu tak lebih dari acara tengok TV beramai-ramai, yang boleh buat kat rumah aje (kalau dah kemaruk nak tengok Academy Awards secara langsung) – itupun nak buat macam Academy Awards kat LA ka? Siap dengan red carpet, kereta mewah, blablabla?

- Apa kejadah sibuk2 tumpang glamer Academy Awards? Kalau kita buat PFM, ada Star Movies nak buat program yang sama kat Hong Kong? Atau LA? Orang Malaysia kalau menumpang glamer atau pun perasan glamer memang #1!

Makin bertambah bengong dunia glamer nih.....tu pun ramai berebut2 nak jadi artis, masuk audition AF walaupun zero ability menyanyi!

Sunday, March 04, 2007

Field Marshal Mat Jenin

This is the continuation of my daydreaming thread (Click HERE to read the first part)

I’ll start with tanks. Up until now, Malaysia has ordered 48 PT-91Ms from Poland....not enough! If I recall correctly, either Tun Dr M or the Armed Forces Chief wanted 300 MBTs for the Army..so I’ll use that figure, perhaps adding another 20 units to form an armoured division! Giiven the choice however, I might probably purchase T-84s from Ukraine. However my true object of desire is the Leopard 2A6…which is probably the best tank in the world today.

For Infantry Fighting Vehicles, in addition to the current Adnans, I’m interested in the CV90 family from Sweden. Why? Because the CV90 is armed with a 40mm cannon as compared with 25-30mm cannons arming its contemporaries. I’m a sucker for (relatively) big guns, what can I say? Having said that, I think I’ll choose BMP-3 with its 100mm and 30mm guns. For APCs, there are two schools of thought. I’m a bit indecisive here; tracked or wheeled? If wheeled, I choose the Patria and if tracked....what? More MIFV (K200 KIFV) ? Or the APC versions of ACV-S, ASCOD, CV90 and the like?

For armed recon atau Fire-support vehicle, I am quite biased towards the South African Rooikat 105 or the Italian Centauro replace the long-serving Sibmas. But since both of them are not amphibious, perhaps I’ll select the AMOS 120mm mortar-armed Patria from Finland. Hmm maybe the 2S31 Vena system from Russia.

Of course, I can avoid the headache of using different chassis by simply getting one chassis, say the Patria, and fit the vehicles accordingly such as 105mm gun for the AFSV role, HMG or light cannon for the APC role and so forth.

For artillery, I hope that more ASTROS II MRL is procured. I kinda like the Russian BM-27 Uragan system, but i think it would be better to have a homogenous system. The OTO Melara Modello 56 105mm howitzer are to be replaced with the Royal Ordnance L118 105mm Light Gun (or its local equivalent, the SAKTI). I am also hoping that more South African G-5 155mm howitzer are to be added into the inventory. Since there is now more emphasis on mobility, self-propelled guns such as the Panzerhaubitze 2000 or Denel G-6 should be acquired to support the armoured formations. Also heavy mortars, be it static/towed or mechanised should be added.


All those collection of steel are fit for scrap metal unless protected from the aerial threat. Currently the army fielded just MANPADS / VSHORAD (Igla, Starburst, Anza MkII) and SHORAD (JERNAS) systems. What is needed is (at least) a medium-range system. I have my eyes on the Russian Buk-M1-2 (SA-17 Grizzly) and also the 2S6 Tunguska M1 AAA/SAM tracked system. For long-range or ‘strategic’ AD system, the Russian S-300PMU1 (SA-10 Grumble) is my choice.

For army aviation, rumour has it that the army brass are keen on the Eurocopter Tiger but I’m not sure whether they prefer the HAP or the HAC version. For me however, I prefer the Russian Kamov Ka-52 or the Mi-28N.

And finally, hopefully the soldiers are to be equipped with better IT / BMS (Battlefield Management System). And as for their personal firepower, I really had a nosebleed when I saw HK416 5.56mm assault rifle. Buy them!!

(My daydream list isn’t exhaustive as I deliberately left EW systems and other supporting stuff)

Thursday, March 01, 2007

Ooopsss Sikap

I

Dalam paper itu hari PDRM mengatakan Ops Sikap XII sebagai berjaya sebab kadar kematian berkurang sebanyak 8% berbanding Ops Sikap sebelumnya. OK, pengurangan kematian boleh la dianggap ‘berjaya’ (walaupun 8% atau 40 orang kalau tak salah). Tapi bagi aku Ops Sikap tetap gagal sepertimana sebelum-sebelumnya. Apa tidaknya, Ops Sikap bertujuan nak ‘kawal’ sikap pemandu Malaysia yang rata-ratanya mempunyai split personality bila memandu. Sikap pemandu Malaysia tetap tidak berubah dan Ops Sikap gagal sebab kalau tak salah aku, jumlah saman yang dikeluarkan bertambah! Itu tak campur mana yang kautim dengan anggota polis (hehe)

Turun la jumlah kematian sampai 50%, selagi saman sampai berbelas-belas ribu dikeluarkan, Ops Sikap tetap gagal secara keseluruhan. Cuma bila kematian kurang, maka kurang la kisah-kisah sedih dan pilu....kurang la anak-anak menjadi yatim dan isteri menjadi balu....

II

Juga pasal sikap..aku tengok ramai betul yang tertipu dengan scam ‘Akademi Fantasia 4’ (dan juga scam2 lain. Tapi scam AF4 ni ‘special’ sikit sampai polis dan bank kena keluar notis. Aku ni desperate jugak nak duit lebih tapi takde la sampai layan scam-scam ni. Aku pun tak tau macam mana orang boleh termakan scam ni – takkan la nak menang RM9,000 kena bayar sampai RM3,000? Kalau betul pun, jumlah ‘hadiah’ tu RM6,000 sebab dah tolak ‘yuran proses’.

Sebenarnya scam macam AF4 dan gores dan menang ni mudah sangat untuk dikesan. Berikut ciri-ciri scam yang akan gagal ujian ketelusan

- satu ciri scam macam tu ialah kemenangan mengejut. Tiba-tiba aje dapat SMS/e-mail atau kehadiran wakil syarikat mengatakan korang dah menang hadiah baik duit atau benda. Maka ayat depa ialah ‚anda orang bertuah’ dipilih secara rawak...blablabla“ OK, kalau nak menang nombor ekor hadiah saguhati pun masih kena beli nombor tu kan? Takkan la tak mendung, tak berawan tak alih2 hujan? Kalau g&m pulak, biasanya beli barang dulu dapat kad gores (lepas tu tengok nasib la kan), bukan gores dulu baru dapat barang dah la tu kena beli benda lain baru boleh dapat! Jadi kalau tiba-tiba aje dapat SMS/email/kehadiran wakil jualan camtu, delete atau halau aje mereka!

- Berkaitan SMS pula, peraduan SMS sebenar guna nombor lima digit (mcm Astro 32999) atau ada nama. Kalau dapat SMS kata anda menang itu ini tapi dari nombor handphone biasa…itu scam! Tak perlu la nak hantar SMS kat Berita Harian atau Harian Metro pulak minta penjelasan daripada pihak yang dipergunakan namanya – biarkan sahaja. Atau buat macam aku bila aku kononnya menang credit percuma dan kena SMS ‘5’ ke 1019xxxxxxx. Aku SMS balik ‘Hang boleh gi mampus. Ingat aku bodoh macam pak hang ka tak tau airtime sharing?’