Tuesday, February 27, 2007

Tips Untuk Menjadi Juara Akademi Fantasia

1. Pastikan jantina anda lelaki. Kalau anda pompuan, tak perlu baca tip selanjutnya sebab abis kuat anda boleh dapat tempat kedua saja, no matter how good your vocal and performance.

2. Adakah anda dari keluarga susah/orang kampung? Kalau ya, peluang anda untuk menjadi juara adalah cerah kerana penonton suka membantu menaikkan taraf ekonomi orang susah ni. Untuk hal ini juga, kalau anda dari golongan yang agak berada, cuba register alamat kat kampung setinggan, flat DBKL atau rumah atuk/wan/nenek kat kampung. Juga bila di interview, atau bersembang dengan peserta lain, pastikan kamera menangkap anda sedang bercerita kesusahan keluarga anda serta niat anda menyertai AF sebab ‘nak tolong mak ayah’.

3. Anda tak boleh serius, orang serius kena belajar muzik kat UiTM. Di AF, anda perlu bersifat blur. Kalau tak blur pun, anda perlu selalu buat lawak ala-ala budak kampung. Dua juara terdahulu dah buktikan!

4. Kalau anda lepas ke konsert prelude, pastikan anda menyanyi lagu nasyid atau lagu-lagu bercorak "ketuhanan". Orang mesti suka sebab imej "alim" anda. Atau kalau tak boleh, pastikan kameraman follow anda dalam surau Astro!

5. Bila dah dalam AF, pastikan anda mengetuai bacaan doa selamat (doa makan tak payah sebab ramai tahu) sebagai penonjolan imej "Islam" anda. Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa tergedik-gedik dengan peserta pompuan. Ini membolehkan anda dilabel sebagai "versatile". Oh, kalau anda gaya-gaya urban, tak perlu buat begini sebab orang akan kata anda hipokrit atau berlakon sahaja!

6. Sebut pasal versatile, pastikan anda boleh nyanyi sebarang jenis lagu dari dangdut sampai heavy metal. Oh, jangan risau kalau terlupa lirik...kalau anda dah tepati selera penonton/pengundi, mereka akan tetap undi anda!
Dan bila dah jadi juara anda boleh muncul di TV dalam iklan yang menampilkan gaya budak spastik walaupun umur anda dah lebih suku abad! (Evil tak aku?) Juga anda boleh menambah koleksi kereta mahal-mahal (Proton dengan Perodua tak main la) walaupun anda langsung tak ada lesen memandu (walaupun B3). Juga anda boleh menyapu segala trofi dan anugerah yang berdasarkan undian orangramai walaupun anda payah nak dapat trofi berasaskan merit. Takpe, peduli hape, orang ramai sukakan anda kan?

Thursday, February 15, 2007

Kisah Penjaja Anggur - Part I

Lewat Mac 1998. GM baru tempat aku kerja buat perjumpaan dengan staf HQ. Concern kami ketika itu ialah keadaan ekonomi yang gawat serta masa depan kami. GM dengan muka manisnya berkata ”Don’t worry. There will be no retrenchment“. Aku pun menarik nafas lega. Forward ke tengah bulan April 1998. Shinta dari HR mintak aku datang meja dia. Aku mula-mula ingat dia nak ajak aku makan (hehe – Shinta ni amoi cun wooo) tapi rupanya dia bagi satu surat...dan ianya bukan surat cinta. Surat cinta tak pakai letterhead pejabat. Bila aku baca, rasa macam nak gugur jantung aku. Aku kena berhenti!! ”Termination of Contract“ kata surat tu. Language-wise, GM tak bohong. Retrenchment memang takde (buat masa tu) sebab retrenchment cuma untuk staf yang dah confirm. Aku masa tu masih Management trainee, jadi aku ‘ditamatkan kontrak’, bukan retrenched! Respon aku bila dapat surat tu ialah ‘tak percaya’ dan aku ke toilet sambil baca surat tu berulang kali. Lepas tu aku ke HR Manager. HR Manager kata pun dia tak boleh nak buat apa-apa..silap2 dia pun sama kena tendang. Dan pada 20 April 1998, aku terima last paycheck aku dan hari tu hari terakhir aku kerja kat Multi-Purpose Finance. Nama je kena berhenti tapi aku selalu lepak office jumpa member sambil menanya mana la tau depa ada contact. Tapi tarak apa…sebab depa pun risau nasib depa. Aku cuba tanya tunang member aku yang kerja StandChart. DIa kata ada kerja kat Card Department tapi setakat kerani aje la. Aku dah desperado masa tu aku cakap OK aje lah janji ada kerja. Aku pergi interview tapi dari gaya interviewer tu dia takmo kasi aku kerja tu sebab aku overqualified. Jadi apa aku boleh buat, balik kampung la. Jadi la aku macam masa sekolah dulu, terpaksa bergantung kepada mak bapak…..

Tapi aku masih tak mau mengalah. Surat khabar jadi teman setia aku. The Star dah takleh nak harap sangat...ruangan recruitment depa yang sebelum ni boleh jadi paper sendiri dah tinggal dua helai aje...jawabnya baca Metro la. Aku nampak ada iklan yang hendakkan ‘eksekutif pengurusan’ kat JB. Masa ni aku dah despaerate, duit dalam bank akaun aku cuma tinggal lebih kurang RM75. Jadi aku ke Johor, ke satu kedai di Jalan Tun Razak. Sampai disana, aku diminta pengurus untuk mengikut seorang budak muda, berpakaian smart dengan baju lengan panjang dan bertali leher. Selapas sarapan, budak tadi, yang aku rasa dalam umur 20 hingga 22 tahun, mengajak aku dan dua orang lagi ‘calon’ untuk ikut dia ke Masai...sambil dia menggalas satu beg besar. Aku dah rasa tak sedap hati. Sampai di Masai, hati aku berkata ‘Kan aku dah kata...ni kerja salesman!’ Bukan menghina, bukan salah kerja tu tapi, walaupun desperate, kerja sales bukan bidang yang kena dengan jiwa aku...apatah lagi ‘menjual muka’ di khalayak ramai, dan kena reject 50% (or more) of the time. Kena pula lepas Maghrib baru boleh balik ke rumah setelah buat pengiraan sales. (Bukan aku takleh buat OT, tapi rasa tak best la, duduk kat luar waktu Maghrib)

Budak-budak yang kerja kat situ ceria aje cerita pendapatan mereka dan peluang kenaikan pangkat menjadi ‘pengurus’. Entah la...tapi apa yang buat aku ambil keputusan untuk tak bekerja disitu, selain iklan yang ‘misleading’ dan kerja bidang sales (yang aku tak minat dan takde kebolehan), ialah bagaimana aku tengok calon bukan bumiputra dibawa mengikut salesperson yang ke kilang-kilang dan perniagaan tertentu – mempromosi barangan tanpa perlu menjaja muka ditepi-tepi jalan dan mendapat komisyen yang lebih tinggi berbanding anak-anak muda tadi. Bukannya syarikat tersebut tak tahu yang aku dan seorang lagi calon Bumi dah berpengalaman kerja...tapi setakat ikut budak2 yang setakat habis sekolah menengah saja. Calon-calon bukan Bumi yang bersama-sama aku tu, aku tahu mereka semua sama saja situasi dengan aku (kena berhenti kerja) - aku nampak ianya satu diskriminasi! Oh, lupa nak cerita, masa aku masih di KL, aku ada mintak juga kerja dengan satu company di PJ...overseas punya, tapi sales jugak...ejen membership card. Aku terpaksa reject sebab jauh sangat dari rumah makcik aku. Sakit ooo nak berulang-alik, dah la duit takde.

Bersambung
....

Monday, February 12, 2007

Sesuaikah?

Sesuaikah kalau seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an melompat-lompat menjerit keriangan sambil memegang poster besar penyanyi pujaannya yang lebih muda darinya? Atau sesuaikah seorang ibu juga berusia 30an melambung-lambung anaknya dalam meraikan kejayaan artis pujaannya, sedangkan mereka duduk di kerusi bertangga? Dan mereka pula hanyalah dua daripada berpuluh-puluh penyokong yang nampaknya dah berusia, dalam auditorium yang turut sama menjerit-jerit (tak campur yang tengok TV) Sesuaikah juga seorang artis dipanggil untuk majlis kesenian Islam sedangkan dah keluar gambarnya sedang pau tanaman orang serta tergedik-gedik berdansa? Sesuaikah? Tapi itulah yang dipuja-puja dan dipertahankan sehabis-habisnya!

Aku pun dalam usia 30an ini masih menonton konsert rock otai kalau ada kesempatan tapi aku dah tak headbang lagi sebab aku sedar umur aku...dah tak sesuai perangai macam remaja!

Hmmm jangan sampai macam wife aku kata – "Jadi Zaiton Sameon baru tahu, kejar glamer sangat. Tengok apa dah jadi?" Oh pasal akak ke makcik yang lambung anak dia tu...kaalau ditakdirkan anak tu jatuh terhempas ke bawah...ada ke penyanyi pujaan dia nak bagi saguhati? Mungkin ya, tapi tak malu ke kalau orang tanya camne anak kau boleh meninggal? Sanggup ke dia jawab "saya terlepas masa lambung dia sebab seronok sangat penyanyi sanjungan saya artis paling popular..."

Thursday, February 08, 2007

Satu Entry Sedih...

OK, ni bukan drama, cerita betul, macam entry aku yang lain-lain tapi aku buang nama-nama orang yang terlibat. Baiklah, bayangkan korang dalam situasi begini:

Korang hidup bukan senang sangat Cuma kerja sales assistant, suami pulak kerja on and off. Mak bapak dah tak ada tapi mak dengan pak sedara ada lagi. Satu hari sampai surat bank kata nak tarik kereta sebab dah empat bulan nak bayar, ada la dalam RM1,200. Nak mintak tolong adik beradik, dia orang memang dah sedia tolong dan korang tak nak nak susahkan dia orang lagi. Ok, dalam pak-pak sedara tu, ada sorang tu bisnes kontraktor. Bisnes kontraktor tentu la lebat sekarang ye tak? Jadi korang pun telefon la dia sambil ceritakan masalah dan merayu nak pinjam duit sikit (RM1,200 untuk kontraktor yang boleh masuk berpuluh-puluh ribu satu projek tentu la tak besar sangat kan?)

Tapi apa yang korang dapat sungguh menghampakan. Bukan sahaja dia tak mau bagi pinjam malah siap boleh kata 'KALAU SEDARA BOLEH LA PINJAMKAN...’ Apa perasaan korang? Oh, to rub salt into the wound, pak sedara tu juga pernah menjual tanah pusaka milik nenek korang (value dalam RM500,000), yang arwah bapak korang ada share dari segi faraid. Dah la jual tanpa kebenaran waris lain, satu sen pun arwah bapak korang (apa lagi korang) tak dapat rasa duit tanah tu, walaupun pak sedara tu janjikan RM50,000 dari hasil jualan? Dan masa arwah bapak korang meninggal, dengan poyonya dia berjanji nak buatkan batu nesan dan kepung kubur tapi dah 4 tahun tak buat-buat?

What would you feel or do if you are in that situation?

Tuesday, February 06, 2007

"Brand Power"

Kalau kita tengok, jenama sesuatu barangan mampu mengikat pengguna untuk terus menggunakannya (selain sebab kualiti atau after sales service). Macam aku, dari dulu sampai sekarang kalau aku nak cari sistem bunyi-bunyian mesti aku nak cari Sony. Dan beberapa jenama pula dah jadi "nama" untuk sesuatu barang tu, terutama di kalangan orang Malaysia (Melayu le terutamanya). Conrohnya, semua ubat gigi adalah "Colgate", semua filem adalah "Kodak" manakala semua personal stereo adalah "Walkman"!

Sebut pasal kuasa jenama ni aku teringat kat jiran kita, Indonesia. Tak berapa lama dulu (sampai sekarang kot) kecoh kat sana pasal majalah Playboy versi Indonesia. Dari yang aku baca kat internet dan akhbar, Playboy Indonesia tak sama dengan Playboy ‚biasa’ sebab tak ada gambar pompuan pakai birthday suit, setakat pompuan miskin (sebab tak cukup kain, dapat tutup bahagian yang paling strategik aje...*ehmmmm*). Kalau tak salah aku, majalah gambar pompuan miskin ni banyak kat Indonesia, even website porn yang based kat Indon pun ada jugak (Oh, jangan tanya aku macamana aku tahu kat Indonesia ada benda-benda macam tu!) Tapi yang herannya, takde pulak dengar bantahan dan demonstrasi dibuat ke atas majalah2 lain dengan website2 tu. Tapi bila Playboy masuk...pehhh gila2 punya demonstrasi sampai penerbit dan model dia kena panggil pelacur dan dikutuk semoga "anak dia kena rogol" oleh orang ramai! Gitu la hebatnya jenama dari isi sebenar....dan kalau tak salah aku juga kedai pakaian jenama Playboy pun turut diprotes...pernah dengar orang protes kedai baju?

Monday, February 05, 2007

'Doktor' Palsu Di Shah Alam

Di akhbar NST minggu lepas ada berita pasal isteri seorang ‘Doktor’ yang didakwa dimahkamah sebab membenarkan suaminya menggunakan bangunan milik wanita tersebut bagi tujuan perubatan. Sebelum ni ‘klinik’ doctor tu dah diserbu sebab lesen ‘doktor’ tu sebenarnya untuk perubatan tradisional bukan konvensional. KK serbu klinik atas sebab penyalahgunaan lesen serta ‚penyamaran’. Klinik tu dikatakan dah beroperasi lebih 10 tahun.

Bila aku baca berita tu dan ditambah dengan nama isteri doktor tu...baru aku perasan yang arwah bapak aku pernah dapatkan rawatan kat situ dalam tahun 1995 dulu. Memang setting 'klinik’ tu macam klinik perubatan konvensional. Even doktor tu dengan petugas dia dalam ‚bilik pembedahan’ pakai scrubs macamana doktor biasa. Yang menariknya, dia ni asalnya doktor betul tapi dia menuntuit ilmu perubatan tradisional sebab wife dia sebelum ni menderita penyakit yang perubatan biasa tak dapat nak sembuhkan (kalau tak salah aku akhirnya meninggal). Masa aku bawak arwah ayah aku tu, diaorang benarkan waris pesakit melihat ke dalam bilik rawatan/pembedahan. Yang aku ingat, belakang ayah aku kena 'bukak’ dari bawah tengkuk sampai ke tengah belakang. Kata arwah ayah, 'doktor' tu bukak pakai jari aja! Bila keluar dari bilik tadi, aku tengok parut belahan tadi ada dalam sejengkal aje dan pesakit (termasuk ayah aku) keluar bilik tu macam takde apa-apa! Lepas tu dalam seminggu datang balik buat follow-up. Tapi dah takdir, arwah ayah aku tak dapat sembuh dari angin ahmar dia.

Kesian jugak aku baca cerita tu...customer dia memang ramai sampai kena buat appointment tak salah aku. Tapi kalau dah peraturan, nak buat camne yek?

Thursday, February 01, 2007

'Hebatnya' Lemak Khinzir!

Alkisah ceritanya...(ni aku ambil extract aje)

I
“.....Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah."

II
"Berdasarkan pengalaman saya...
Saya pernah bekerja di Shangri-La Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

III
"Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan . ....pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik.... dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan.Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger. Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut. Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. "

Hebat betul lemak khinzir ni ya? Mampu melakukan apa sahaja, baik menyedapkan makanan sehingga membentuk shape makanan. Kalau begitu, macamana Ramly, Saudi, Anwar dan ramai lagi pengusaha melayu maintain bentuk burger mereka? Kat situ kata stok burger berkhinzir direlease bila tak cukup supply. Kata cerita tu lagi, daging ayam/lembu tak boleh dibentuk elok kalau takde lemak babi. Kalau betul..mesti ada perbezaan antara batch burger Ramly yang ‘buat sendiri’ dengan ‘ambilan stok’ tadi kan?

Pasal Hotel Shangri-La tu…cerita ni ada banyak variasi dia…sat Hilton, sat Renaissance sat Kowloon…susah nak percaya la. Bukan nak percaya hotel, tapi nak percaya cerita – banyak sangat variasi; hallmarks of an urban legend. Dan pasal pastrami dan sebagainya…aku pernah makan salami dengan pastrami keluaran Arab…elok aje dagingnya…tak pecah pun…Dan untuk orang yang kononnya pernah kerja hotel (5 star pulak tu) takkan tak reti eja 'meatloaf' kot?

Secara umumnya, cerita ketiga ni timbul masa kes kat KL/Selangor dimana pemeriksaan mendapati ayam diproses hampir dengan khinzir. Sebab orang Malaysia suka cerita gempak, pembuka cerita menokok-tambah secukup rasa (mungkin pakai lemak khinzir jugak!) untuk menghebatkan lagi cerita yang dikirimnya! Dan pasal babi berjuta tu aku rasa itu gross exaggeration…berpuluh-puluh ribu mungkin. Dan satu lagi selain pasaran tempatan, khinzir turut dieksport ke Singapura...

Bagi aku cerita ni walaupun ada sedikit keraguan boleh ditimbulkan (pasal makanan hotel) tapi secara keseluruhannya diberi taraf BUSTED juga sebab haram tak convincing!