Thursday, June 29, 2006

Tol Kahwin

Minggu lepas dalam akhbar Utusan Malaysia disiarkan satu surat pembaca yang mengeluh pasal ‘tol kawin’. Sebelum tu, background sikit…adat perkahwinan orang Johor pengantin lelaki dikenakan tol sebelum dapat duduk atas pelamin. Biasanya ada tiga tahap. Satu kat luar pagar rumah / entrance masuk. Yang ni biasaya orang rewang…tol pun tak banyak, biasanya sorang seringgit. Tol fasa kedua pulak kat dalam rumah, ini tol mahal sikit biasanya toll girl berumur 40an ke atas aka makcik-makcik. Diaorang ni biasanya tahap puluh-puluh tapi biasanya jarang melebihi RM50. Dan tol terakhir, mak andam. Yang ni biasanya RM50 ke atas. Adat ni sebenarnya untuk fun aje.

Balik kepada komen pembaca tadi. Katanya keluarga dia kena tol dengan teruk, kat fasa dua la tu. Ada makcik-makcik yang berkeras tak mau RM20, dia orang nak RM50 gak, padahal pengapit dah kehabisan duit (apasal tak pakai Visa? Heheh). Keluarga pengantin lelaki dari Kedah jadi dia tak biasa dengan adat ni anggap tindakan makcik-makcik tu melampau dan memalukan mereka. Dan sorang lagi pembaca yang pernah kena situasi begini kata adat ni tak patut diteruskan sebab ‘tak Islamik’ (habis boleh layan plak bersanding tu?)

Secara peribadi sebagai anak Johor, aku rasa tak ada masalah dengan adat tol ni. Satu sebab ianya ‘harmless fun’. Keduanya, banyak mana sangat la tol tu banding ngan duit belanja mekap, baju dengan hantaran? Tapi apa-apa hal, orang Johor dah biasa dengan benda alah ni jadi dah sedia duit secukupnya dan pengutip tol boleh la demand sikit. Bagaimanapun, orang luar tak biasa, dan sebaik-baiknya asal dah dapat duit tol tu cukup la. Betul tak makcik? Kesian dia orang, dah la kena tol betul banyak, minyak dah naik harga pulak tu…..Lagipun makcik, kalau kita demand banyak-banyak nanti dia orang sangsi dengan adat ni dan mintak dihapuskan…tak best la nanti kenduri kawin akan datang…..

Personal experience aku sendiri, aku tak kena tol Fasa Satu dengan Dua…tak tahu apasal, takde budak / makcik yang nak handle agaknya. Tol Fasa Tiga tu wajib…takleh nak elak. Lepas sanding, ada tabur gegula dengan coklat kat orang-orang yang menghadap pengantin…abis coklat, aku cakap dengan sepupu aku yang jadi pengapit, suruh dia taburkan sampul duit tol yang tak orang claim tu…berebut tak!
p.s. Aku tengah tunggu sorang Jawa Bukit Mor nak nikah....

Wednesday, June 28, 2006

Askar Sotong (Persepsi Awam Terhadap ATM)

Dalam membaca thread di forum Gempur Wira (http://www.gempurwira.com), aku tertarik dengan satu thread yang membincangkan persepsi rakyat Malaysia terhadap ATM. Ada seorang forumner mengatakan (dan aku sendiri ada mendengar variasinya) ada orang berpendapat yang

1. Askar
Malaysia lembik macam sotong
2. Teknologi Malaysia mundur
3. Malaysia pakai barang 3rd-hand

Bagi aku dan rakan-rakan di GW, ada beberapa sebab kenapa persepsi civvies camtu (tapi tak pasti kenapa anggota TD dianggap askar ‘sotong’ tu). Antara insiden yang boleh dianggap sebab :

1. Kes Skyhawk yang mempunyai attrition rate yang tinggi masa tahun 80an.
2. Kes-kes pesawat terhempas yang lain terutama Hawk dan PC-7.
3. Kes ‘brake pad’ (sebenarnya ‘track pad’) Adnan ACV300

Dan beberapa kes lagiyang sebenarnya terpencil.

Tapi adakah benar dakwaan-dakwaan itu? Bagi dakwaan #1, aku rasa ianya satu tohmahan yang amat tak tepat. Bagi aku anggota ATM terutama TD lebih kepada berdiplomasi dan berhemah tinggi – bukannya sotong! Sekiranya anggota TD sotong (dan guna peralatan 3rd hand, maka pagi tadi sebelum masuk kerja, aku perlu menghafal ideologi Chin Peng sebab bos akan tanya masa morning prayer, hujung minggu ini pula perlu menghadiri mesyuarat cawangan Parti Komunis Malaya dan mungkin saya berbasikal ke pejabat tadi. Tambahan pula jika anggota ATM ‘sotong’ maka tidak perlu UN menjemput mereka ke Somalia, Balkan dan Timor Leste. Dan askar sotong tidak akan diberi pujian oleh US Rangers yang berbunyi lebih kurang begini “Listen to this guys carefully and you better pay attention....THESE guys know what they are doing!" dan ini tak termasuk commendation letter yang diberi PBB dan tentera AS selepas anggota TD menyelamatkan anggota Task Force Ranger di Bakara Market, Mogadishu pada tahun 1993. Dan askar sotong tak akan dikurniakan Pingat SP atau PGB - dimana ramai antara mereka tidak menerimanya secara peribadi - faham kan kenapa?

Persepsi #2 dan #3 berkait dan disini ada sedikit kekeliruan ataupun generalization. Tanggapan bahawa kelengkapan sedia ada adalah 3rd hand dan tidak secanggih mana mungkin berpunca dari 40 buah Skyhawk yang diambil dari fasiliti AMARC di gurun Arizona. Tapi itu semua cerita lama. ATM sedang dalam proses peningkatan keupayaan sejak 1993 lagi Cuma terbantut seketika akibat kegawatan tahun 1997-98 dahulu. Antara kelengkapan persenjataan yang berada pada leading-edge, dan sah bukan 3rd hand ataupun mundur (samada telah pun diterima ATM atau sedang dalam penghantaran) ialah:

MBT PT-91M dari Poland – antara MBT termaju dari Eropah Timur.
Adnan ACV300 dalam pelbagai versi, menjadikan ATM lebih berorientasikan mekanis.
Astros II MLRS
Meriam G5 Mk III – antara meriam medan paling terkemuka
Peluru berpandu anti–tank Metis-M
SAM Jernas
Sukhoi Su-30MKM Flanker – pencabar utama F-15E Eagle dengan avionics terbaik dari Russia dan Perancis.
Boeing F/A-18D Hornet
Friget misil kelas Lekiu - dengan misil Exocet MM40
Korvet misil kelas Laksamana – dengan misil anti kapal Otomat Mk2

Persepsi civvies di atas pula diburukkan lagi dengan tiadanya tindakan dari pihak yang berkaitan. Pertamanya ialah ketiadaan publisiti. Aku turut berpendapat yang kerajaan bertanggungjawab bagi menaikkan imej ATM. Buat masa ini boleh dikatakan tiada advertising dari MINDEF mengenai kerjaya ataupun dokumentari mengenai ATM (kecuali iklan Gempur Wira yang dah tiada lagi di kaca TV serta rancangan Penggempur yang mendapat slot 12.30 malam – kenapa RTM?) Bila aku menonton Channel 5 Singapore, selalu iklan mengenai SAF disiarkan di TV tak kira prime time atau tidak.Iklannya pula dibuat dengan sangat profesional yang boleh menarik anak muda memasuki perkhidmatan pertahanan. Ada masanya mungkin nampak cheesy tapi sekurang-kurangnya civvies mengetahui kehadiran dan kekuatan SAF serta berminat untuk menyertainya selepas habis NS. Berita mengenai ATM pula jarang dikeluarkan kecuali masa raya (BAKAT hantar kuih) atau berita negatif seperti pesawat terhempas.

Pendedahan dan publisiti bukan untuk menjadikan Negara kita menjadi militaristic atau sebagai memukul genderang perang tetapi setidak-tidaknya, dapat la civvies mengetahui peranan, jasa serta kelengkapan (sedikit sebanyak) yang dioperasikan ATM.Satu lagi faktor ialah negative media coverage serta tumpuan kepada berita yang sensasi yang melibatkan ATM seperti pesawat-pesawat terhempas, penglibatan anggota tentera dalam jenayah, masalah alat ganti, PSC-ND dan NGPV. Media hanya membesar-besarkan perkara-perkara sebegini, tapi mana cerita harian anggota ATM ketika menjalankan tugas pengaman di seantero dunia? Berapa banyak media yang highlight pemergian 10 Briged Para ke Timor Leste baru-baru ini?

Satu lagi sebab ialah mindset kita semua. Agaknya sebab negara kita dah 17 tahun tiada pergerakan bersenjata maka dianggap keadaan sudah aman dan boleh menikmati hasil keamanan tanpa perlu memikirkan hal-hal berat seperti pertahanan. Antara ayat yang sering didengar ialah “Komunis dah takde” atau “Siapa nak serang Malaysia?”

Dengan
hadirnya keamanan, maka kepayahan dulu dilupakan dan ini masa untuk berpesta! Mana peranan media, terutamanya RTM untuk memberi kesedaran kepada rakyat pasal perkara-perkara sebegini? Mana pergi drama Insurgensi yang masih tergantung musim keduanya? Ahhh baik tayang drama orang kaya yang ada affair, ada CRV, ada Beamer 7 series ada rumah 3-4 tingkat, yang main golf hari-hari daripada tengok unit RRD meredah hutan. Letak slot dokumentari Penggempur ke 12.30 malam sebab lebih baik kita buat rancangan forum pasal dunia hiburan! Orang tak mau tengok ketabahan anggota tentera dulu-dulu mahupun kini. Dan kita disogok dengan hiburan yang kononnya bertunjang ‘realiti’. Cuba tanya pelajar sekolah siapa Mawi? Siapa Zahid? Siapa Farah dan Adam? Saya yakin 100% tahu dan mungkin ramai yang boleh beri jawapan detail lagi termasuk la nama tunang Mawi. Tapi cuba Tanya siapa PW1 Kanang a/k Langkau atau Kapten Chandran atau Lans Koperal Mat Aznan Awang atau Lt Adnan Saidi…mungkin ada yang tergaru-garu kepala atau melarikan diri, mengelak dari ditanya lebih lanjut. Apakan lagi orang seperti C.C. Too yang bergerak di dalam bayang-bayang.

Tapi anak-anak muda ini mungkin tidak boleh dipersalahkan 100% kerana kita yang dewasa sendiri telah melupakan wira-wira ini dan ramai lagi komrad mereka yang gugur, atau menderita di hari tua. Saya sendiri tak pasti, adakah buku-buku teks sejarah hari ini merakam nama-nama ini? Saya ingat lagi buku sejarah saya dulu yang memaparkan cerita mengenai Leftenan Adnan. Dan sekarang adalah lebih baik menjadi ‘wira’ dengan mendaki gunung dan melintas laut…nama dapat, gelaran ‘Datuk’ pun boleh dapat! Seorang forumner pula berpendapat bahawa “Semenjak ancaman terbuka terhadap keselamatan negara mula berkurangan sekitar awal tahun 80-an, mula berlaku peralihan dalam masyarakat Malaysia untuk memandang rendah kerjaya ketenteraan. Mereka yang dilihat menceburi diri dalam bidang ketenteraan dan kepolisan dilihat membuat keputusan bodoh ataupun kerana sebagai pilihan terakhir. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari akan hal ini dan terus menerus cuba menarik minat golongan remaja untuk terus menyertai kerjaya tersebut. Malangnya, usaha ATM dan PDRM seperti tidak diambil kisah oleh jabatan kerajaan lain. "

Scapegoat utama perkara ini adalah RTM…ya, RTM sepertimana dalam entry blog saya sebelum ini. RTM yang menjadi jentera utama penyebaran maklumat kerajaan sepatutnya memberi sepenuh bantuan bagi mempromosikan perkhidmatan tentera dan polis sebagai kerjaya pilihan di kalangan remaja. Caranya mudah sahaja – penyiaran dokumentari dan drama yang bermutu, atau paling kurang, menayangkan semula filem-filem tempatan bergenre ketenteraan seperti Bukit Kepong, Darah Satria, Prebet Lapok, Wira Angkasa atau Sargeant Hassan. Malangnya setakat ini hanya drama Insurgensi terbitan Markas Tentera Darat serta Antara Maruah Dan Pengorbanan (yang dah lama tamat) sahaja yang ditayangkan. Drama Insurgensi pula hanya ditayangkan setengah jalan. Tindakan suntingan berlebihan oleh pihak RTM (Ganas? Kalau ganas kenapa tidak diklasifikasikan 18SG sahaja? Apa guna sistem klasifikasi?) dan slot masa yang kurang sesuai (jam 4 petang hari Sabtu) menunjukkan bahawa RTM kurang mengendahkan sektor pertahanan negara. Tambahan pula, dokumentari yang juga diterbitkan Markas Tentera Darat yang bertujuan untuk mempromosikan kerjaya ATM, Penggempur, hanya ditayangkan setelah ditunda sebulan melebihi perancangan asal (untuk menyiarkan cerita ahli sukan veteran!). Itupun, masa penyiarannya jam 12.30 tengah malam, masa di mana penonton sasarannya sudah lama berdengkur.

Players dalam media massa bukan kerajaan pula kebanyakannya tak ‘ambil pot’ dalam hal-hal ketenteraan. TV3 memberi coverage yang ‘intermittent’ terhadap perkara ini – mereka memberi bantuan teknikal dalam pembikinan drama Insurgensi dan sesekali ada segmen mengenai ATM di dalam rancangan seperti Majalah Tiga. Tetapi itu sahaja yang saya boleh ingat mengenai penglibatan TV3 dalam menaikkan kesedaran civvies. Pihak media cetak pula sering tersilap dalam laporan mereka. Aset ketenteraan dan kepolisan seringkali diberi nama salah. Sebagai contoh, pada tahun lepas, pesawat pejuang Hawk 208 yang terhempas telah dilaporkan sebagai Skyhawk, pesawat yang telah dilucut perkhidmatan dari TUDM. Satu lagi contoh ialah bila wartwan keliru antara ‘track pad’ dengan ‘brake pad’.

Dan apabila ATM diminta berkhidmat di luar Negara (Timor Leste) baru-baru ini, media elektronik kita (termasuk RTM!) terus menerus memetik berita agensi asing dan hanya memaparkan imej tentera Australia yang turut beroperasi. Amat membengangkan memandang BERNAMA telahpun menghantar wartawan mereka sana. Dan pada awalnya media cetak turut menggunakan gambar tentera Australia. Bukan mudah untuk sesuatu Negara menjemput tentera Negara asing masuk sebagai pengaman – dan direstui oleh PBB. Kita ke sana bukan sebagai penceroboh, tetapi sebagai sahabat yang ingin membantu sahabatnya yang berada dalam kesusahan. Ini sebenarnya merupakan satu plus point kepada Malaysia dan ATM dalam politik antarabangsa serta ketenteraan. Tetapi media massa Malaysia secara umumnya pula lebih bertumpu kepada berita hiburan dan artis. Hampir keseluruhan akhbar menyiarkan di muka depan cerita perceraian Erra dan kehadiran Datuk K di Kuala Lipis! Oh, please la!!!

Pada hari ini, ATM dan PDRM adalah lebih dihormati oleh angkatan tentera dan pasukan polis asing daripada oleh rakyat Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia sendiri memandang polis sebagai anjing (tapi kalau dia jadi mangsa jenayah pandai pulak cari ‘anjing’ tadi). Dan ramai yang tak tahu MiG-29 TUDM pernah patahkan percubaan ‘serangan’ RAAF ke atas Kuantan dengan semua Hornet RAAF ‘ditembak jatuh’.

Tuesday, June 27, 2006

RTM Oh RTM!

I - Statement Menteri Penerangan
“Saya yakin RTM juga mempunyai ramai penonton yang tersendiri, contohnya penonton program seperti Dunia Jam 10 dan Salam Pantai Timur.”

“RTM sejak dari dulu berusaha untuk menyuburkan seni budaya tempatan seperti pantun dan puisi dalam program-program terbitan kami. Kesannya saya dapati sekarang ini banyak pihak turut menganjurkan acara-acara deklamasi puisi pada majlis-majlis yang mereka anjurkan,” ujarnya.

“Usia RTM memang sudah 60 tahun tetapi faktor usia tidak harus menjadi halangan. Biarlah tua dari segi usia tetapi kalau boleh kami mahu nampak muda dengan program-program yang kami terbitkan. “Sebab itu kami amat mengambil kira selera penonton muda hari ini. Banyak program yang kami terbitkan sesuai dengan perkembangan masa kini. “Dalam soal ini kami amat mengambil berat isi kandungannya supaya ia sesuai dengan hasrat RTM untuk membawa mesej kerajaan,”

"...Justeru, RTM tidak ketinggalan menampilkan program-program hiburan terkini selain menampilkan selebriti-selebritinya yang baru."

Aku tergaru-garu kepala baca kenyataan-kenyataan tu.

II - Piala Dunia di RTM
Masa sebelum WC, bukan main RTM yang gah dapat lesen penyiaran dari FIFA. Maka dibuatnya ‘Fiesta Hurra’ di sana-sini, macam le Malaysia dapat masuk World Cup. Padahal dapat hak penyiaran aje. Lepas tu pulak bila penonton di Singapore komplen tak dapat siaran, RTM kata itu syarat FIFA, lagipun kami dah abis RM11 juta nak siar. Tapi bila akhirnya World Cup start, banyak game tak disiarkan, atau dibuat secara delayed telecast. Bila aku tengok ASTRO punya promotion, simple aje walaupun iklannya canggih. Dan takde la ASTRO nak buat promosi besar-besaran. Tau-tau aje iklan ‘Stadium ASTRO’ tu keluar.

Yang bestnya dalam berita sukan RTM, depa interview penonton kat kedai-kedai makan. Kat big screen kedai tu sah-sah depa pasang siaran ASTRO bukan RTM!

III - Rentak Juara
Sabtu malam itu hari ada final rentak juara tapi takleh tengok sebab bini aku dah conquer TV nak tengok konsert AF. Tapi apa-apahal aku tersenyum baca kat paper pasal RTM syaratkan band yang bertanding diwajibkan nyanyi lagu 60an. Kenapa 60an? Alasan RTM dia nak generasi baru hargai lagu lama. Bagi aku kenapa 60an sahaja? Kenapa tidak 50an? Kenapa tidak 70an? Aku rasa alasan tadi tak menasabah – aku rasa sebabnya ialah big brass kat RTM semua generasi yang remajanya tahun 60an..so depa nak reminiscence zaman remaja depa la tu gamaknya!

Lagu heavy metal, thrash, speed, black dengan death metal tak dibenarkan. OK, mungkin sebab ni RTM lagipun stigma muzik metal itu sendiri. Tapi yang peliknya lagu underground dengan alternative pun tak boleh. Alasannya? Muzik macam tu ‘kosong’. OK mungkin dari segi seni ia kosong, tapi ini kan pertandingan band! Orang nak nilai kualiti persembahan, mutu permainan instrument dan vocal…bukan nak tengok nilai seni muzik itu sendiri!

IV – Dokumentari / Program Pertahanan
Aku minat dunia military dan aku teruja nak tengok siri ‘Penggempur’ yang disiarkan di TV1. Tapi ada satu masalah – siri tersebut disiarkan pukul 12.30 tengah malam. Bukan aku takleh stay up, masalahnya aku tak larat sangat nak tengok TV lepas pukul 12 (kalau benda lain boleh le). Dan disini aku terkilan dengan RTM yang dah 60 tahun. Kenapa la disiar dah tengah malam? Kenapa? Sebab ganas? Takde apa pun yang ganasnya? Mungkin sebab takde nilai komersil? Mungkin…Tapi yang pastinya ada peminat rancangan bergenre ketenteraan. Dato’ Zam sendiri kata ada rancangan RTM yang mempunyai peminat tersendiri. Habis tu, takkan takleh terfikir yang rancangan dokumentari ketenteraan takde peminatnya? Dan satu lagi, mana perginya drama Insurgensi musim kedua? Aku rasa ni satu-satunya drama yang berkisar pasal gerakan PKM pasca Darurat asal. Kenapa tak siar, ganas lagi?Ketiadaan program camni (biarpun drama) yang menyebabkan orang ramai berfikir yang keganasan komunis hanya pada ketika Darurat 1948-1960 sahaja!

Dokumentari dan drama berorientasikan ketenteraan dan kepolisian (kecuali Gerak Khas) perlu dibawa ke waktu perdana atau sekurang-kurangnya selepas DJ10. Benda-benda camni boleh merangsang rasa patriotisme selain lagu-lagu patriotic yang diulang berkali-kali setiap sebelum berita. Nanti orang muda tak tahu sejarah dulu, keperitan hidup dibawah penjajahan dan penentangan komunis. Aku rasa tak cukup dengan slot 10 minit (mungkin kurang) bila masa ada isu camni timbul (macam masa buku My Side Of History keluar, baru le ada segmen darurat yang ciput). Drama macam Insurgensi yang dapat sambutan hangat, diperap saja musim keduanya..apa yang keluar kat TV…drama orang kaya, rebut harta, rebut girlfriend…ituuu aje.

Come on la RTM, drama dan dokumentari pasal ketenteraan, terutama yang berkualiti juga mampu merangsang rasa patriotisme rakyat…jangan la tunggu masa Bulan Merdeka aje. Nanti bila keluar filem macam LKT, awak jugak sama-sama melenting, padahal awak tak pernah keluarkan siri dokumentari atau drama mengenai darurat, terutama era Insurgensi 1968-1989. Jangan la syok sangat nak tampil selebriti TV aje…pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang baca TV dulu pun lagi berkarisma daripada yang cun-melecun sekarang.

V – Berita RTM
Kat jingles dalam radio, RTM claim ‘semakin ramai orang menonton Berita RTM’ atau ‘Tiba-tiba orang ramai berpindah ke RTM’. Semuanya claim rating Berita RTM semakin naik. Tapi dari pemerhatian aku, kedai-kedai masih buka Buletin Utama TV3. Dan bila aku buat survey kat Forum Cari (yang memang tak representative tapi cukup untuk personal usage aku) lebih ramai orang menonton Buletin Utama TV3 dan hanya tengok RTM kalau TV3 iklan! So camne dengan claim RTM tu?

Monday, June 26, 2006

Biadap rupanya KL ni...

Aku kena kursus kat kem BTN so tak tau apa cerita dunia masa tu. Bila aku balik, aku terbaca berita yang Kuala Lumpur mendapat tempat ke-3 dalam bandaraya paling tak ‘friendly’. Maka ramai la yang melenting kata kajian tu tak tepat, tak ilmiah. Ada yang kata ini la persepsi Barat atau nilai barat yang dipaksa diterapkan ke atas Timur. Pendek kata tak puas hati la. Tapi ada juga yang mengakui perkara ini.

Reader’s Digest buat survey dengan cara menghantar pemberita mereka ke 35 bandaraya di dunia. Di sana mereka membuat tiga ujian : menjatuhkan kertas di kawasan yang sibuk untuk melihat kalau ada orang yang tolong, memeriksa berapa banyak pembantu kedai yang ucap ‘terima kasih’ dan mengira berapa kali orang tolong bukakkan pintu. Kalau ditengok sekali memang tak saintifik langsung proses ni. Tapi jika difikir mendalam, ‘friendly’ bukan sahaja bermaksud senyum dan mempunyai budi bahasa yang elok. Bagi aku ‘friendly’ termasuk kesediaan membantu, walaupun benda kecik macam bukakkan pintu!

Dan berdasarkan survey tersebut aku turut bersetuju yang KL agak kurang asam. Mungkin bukan dalam segalanya, tapi dalam beberapa perkara. Dan kat sini aku nak lebarkan lingkup daripada KL kepada Malaysia. Juga pengalaman peribadi aku di Malaysia dan di UK, Negara omputih yang dikatakan tak berbudi bahasa…

1. Tolong pungutkan barang – aku pernah tengok seorang makcik yang beg plastiknya terburai tapi takde sape tolong pungut…terbongkok-bongkok dia pungut barang-barang dia. Dan orang yang setakat tengok aje termasuk la aku…..

2. Cakap ‘terima kasih’ – masa aku kat UK, boleh kata semua penjaga kaunter akan ucap ‘terima kasih’ (dia orang tak cakap la ‘terima kasih’ tapi ‘thank you’) dan kengkadang ‘please come again’ dan ucapan mereka diiringi senyuman. Dan yang paling menarik bila driver teksi pun ucap benda yang sama. Dan bukan setakat peniaga/ pekerja kedai aje yang ucap TQ, penumpang bas bila turun bas pun ucap kat pemandu. Aku rasa segan masa mula-mula aku kat sana turun bas suka ati aku aje. Kat Malaysia? Masa nak bayar, si cashier dengan muka seposen, takpun masam amik duit dan kalau kat kedai Melayu ‘duit kecik takde?’ merupakan ayat separa wajib.

3. Bukakkan pintu – Aku tergezut bila seorang mat saleh dengan rambut rasta, bertindik sampai 3-4 subang kat telinga pegangkan pintu yang swinging tu padahal dia boleh lepaskan pintu tu sebab aku jauh lagi. Dalam kepala hotak aku, mamat ni sah akan buat dek aje…ye la jenis dressing macam hampas…aku pulak Johnny Foreigner tapi itu jadinya. Tapi kat KL, nasib baik kepala aku tak benjol bila seorang mamat yang kemas berpakaian dengan tie dan baju GQ lepaskan pintu tu betul-betul depan aku!

4. Bawak kereta – Terus terang aku cakap, aku tak pernah nampak mat saleh masuk lorong kecemasan tak pasal-pasal, potong line, tekan hon atau flashing sesuka hati. Tapi kalau kat Malaysia, itu semua perkara biasa. Personally, flashing merupakan tindakan kurang ajar bagi aku. Ada sekali aku tengah overtake dua-tiga kereta yang lembab kat highway (ni satu spesis lagi) ada satu 323 buruk flashing aku suruh ke tepi sedangkan takde gap aku nak masuk…dan sebab dia kurang ajar dengan aku, maka aku dengan rasa bangganya bagi ‘birdie’ kat dia….Nak gaduh? Aku ada tiga orang, ko sorang dengan anak kau….

5. Pemandu teksi – Bila aku naik teksi kat UK, pemandu akan greet kita dan tanya mana destinasi kita dan bila kita turun dia ucap TQ. Tapi kat KL, kita yang kena tanya driver ‘(insert destination) pergi tak?’ dan sesetengahnya takmo pergi tempat yang kita nak pergi. Tapi ada juga driver yang OK…bersembang dan cuba cari jalan pintas, kalau jem.

6. Potong Q – takde siapa potong Q kat UK…kat Mesia, sedap aje potong line orang dengan muka selamba, banyak kali dah aku kena kat supermarket. Dan mendapat tembakan laser dari mulut aku, terutamanya makcik2 yang perasan bagus…

7. Pelanggaran – bukan accident kereta tapi berlaga bahu. Di UK bila benda ni terjadi, kedua-dua pihak akan minta maaf dan bagi kami student, ianya menjadi satu respon automatik, sampai ada kawan aku terlanggar tong surat pun dia kata ‘Sorry’ kat tong tu! Kat Mesia, samada buat dekkk aje atau satu jelingan tajam diberi…apa salah cakap ‘sorry’?

Mungkin setakat 3 perkara untuk buat overall conclusion tak tepat…tapi ada kebenarannya. Walaupun benda tu kecil, tapi benda-benda kecil ni akan bergabung dan membentuk big picture. Dan kita selalu terlupa kepada ‘common courtesies’ ni.

Dan kalau rakyat Malaysia (dan juga Singapore) berbudi-bahasa, takkan kerajaan dua-dua Negara ni kena buat kempen budi-bahasa??

Sunday, June 25, 2006

I DEMAND an apology...I'm an ex-addict!

Masa konsert ketiga AF lepas persembahan Faizal, komen Adlin termasuk ‘Kau jangan hisap ganja’. Komen tu menyebabkan Saleem Iklim yang diundang menyanyi dengan Faizal terasa dan tuntut Astro, terutama Adlin untuk minta maaf, kalau tak dia nak saman. Dan pada Konsert keempat, Adlin ada memohon maaf walaupun tak secara direct kepada Saleem, diikuti panggilan telefon dari Saleem yang antara lain meminta supaya ‘jaga bahasa dan adab sopan’.

Aku support mana-mana mat gian yang insaf dan tak mau sentuh benda tu lagi dan aku tak hina depa ni. Tapi stigma ‘penagih dadah’ masih kekal walaupun orang tu dah taubat nasuha. Pembawakan ex-addict ni lah yang akan menentukan penerimaan kembali mereka. Ex-penagih perlu sedar dan mengakui kesilapan mereka serta terpaksa kasi tebal telinga tu sikit. Respek aku kat ex-addict ni bertambah kalau mereka mengakui tabiat buruk mereka dulu dan bertindak sebagai jurucakap anti-dadah terutama penagih selebriti.

Tapi bila Saleem ancam nak saman Astro/Adlin, tahap menyampah aku kat dia bertambah 200%. Statement Adlin adalah secara general dan tak point out sesiapa (walaupun lepas Saleem di pentas). Lagipun ianya bersifat nasihat kepada bakal artis memandangkan beberapa artis terkenal yang terlibat dengan dadah – Jamal, Saleem sendiri, Aming Spring, sape mamat A To Z tu, Shereen…itu tak campur yang tak dihebahkan. Lagipun bukannya Adlin kata ‘Kau jangan ikut perangai macam dia, hisap dadah…sampai bini pun tak mau nak jamin bila kantoi dengan bond’.

Salahkah atau jatuhkah maruah (kecuali ego) kalau Saleem menyokong nasihat ‘jangan hisap ganja’ sebagai orang yang pernah menjadi penagih dan penghuni Serenti. Patutnya dia tambah ‘Betul, jangan jadi macam saya’. Walaupun pedih, itu satu statement yang Saleem terpaksa terima. Ini tak, demand orang mintak maaf plak. Hang tu dah la gian, sampai bini sendiri tak mau nak jamin…tak berbaloi rasa dia agaknya!

Dan aku rasa makin menyampah bila Saleem ‘nasihat’ supaya jaga budi bahasa! Habis yang dia maki hamun kat court dulu tu budi bahasa la ye? Hmmm silap2 lepas ni ramai mat gian fail kes saman malu kat mahkamah!

Moralnya : Jauhi Dadah! Anda bukan sahaja merosak diri secara fizikal, malah reputasi dan maruah anda. Kalau anda nak juga…kata omputih ‘As ye sow, so shall ye reap’

Thursday, June 22, 2006

ASTROS dan PT-91

Tak sangka 36 biji pelancar roket ini akan membuat forumner di board negeri ‘titik merah’ tak senang duduk. Bila TD mendapatkan sistem ni dari Brazil beberapa tahun lepas, forumner kat sana kecoh membicarakan hal ini. Ada yang kata abis la negara mereka. Tak kurang juga yang memperkecil-kecilkan perolehan tersebut. Ada yang buat ‘perancangan’, macam mana nak atasi ‘masalah’ ni. Ada yang kata sistem ni tak tepat berbanding artileri mereka (dan lupa TD pun ada artileri tiub (meriam)). Dan yang paling best, kata Malaysia tak guna dapatkan persenjataan tersebut sebab syarikat pengeluar dah bangkrap!

Sama juga ceritanya bila PT-91M dibeli. Maka ramai la forumner mereka (kebanyakannya budak National Service) yang memperlekehkan MBT tersebut. Mudah musnah la macam T-72 Iraq (yang sama kerangka dengan PT-91M), boleh terlekat kat lumpur la, Apache depa boleh kitai free-free la, AMX-13 depa boleh ‘run rings around’ la. Tapi bila sebiji PT-91M dibawa ke Putrajaya untuk perarakan Hari Merdeka tahun lepas, aku dengar cerita ramai ‘pengunjung’ merayu-rayu nak ambil gambar tank tersebut, terutama bahagian dalaman. Heh, mana boleh bagi….media tempatan pun takleh tengok isi perut PT-91M tu, inikan pula pengunjung yang kelihatan macam 'orang luar' dan tak ketahuan latar belakang.

Yang gelakkan PT-91 tahun lepas tu ada gak..katanya ‘not ready’ la, ‘driven secretly by a Polish’ la, ‘brought specially for National Day’ la…hmmm korang pandang rendah ye…dan satu lagi, tank nan sebiji tu memang dihantar ke Malaysia untuk ‘tropical trials’ pulak, bukan semata-mata nak tayang masa Perarakan. Dasar kiasu!

Sunday, June 18, 2006

Catatan Pengalaman World Cup

Start esok aku kena pergi kursus sampai Rabu. Hari Khamis aku ambik cuti . Kat Forum Cari depa mintak buat entry pasal World Cup. Hmmm nampaknya cam ni aje la yang aku boleh bagi….

Aku lahir 1972, jadi pengalaman Piala Dunia aku hanya boleh mula dari West Germany 1974 aje….nak cerita yang sebelum tu boleh jugak, tapi sah tipu la!

West Germany, 1974 – Umur aku 2 tahun, tak tahu apa-apa pasal World Cup masa ni! Tahu nak makan, tidur, main aje…

Argentina 1978 – Aku enam tahun. Pengalaman World Cup cuma dari majalah Dunia Sukan dan Shoot! (Pernah nampak majalah-majalah tu?) Yang aku ingat imej Daniel Passarella menjulang piala dengan Mario Kempes tengah beraksi.

Spain 1982 – Aku darjah Empat. Satu pengalaman baru bila bangun sahur (World Cup tahun tu masa Ramadan) sambil tengok TV. Masa ni la Dato’ Rahim Razali famous sebagai pengulas sukan. Dan bila PJ kat sekolah, game yang dimainkan semata-mata bolasepak sahaja. Grup-grup kecik kami menjadi Brazil, Argentina, Itali dan sebagainya. Masing-masing berangan jadi Zico, Paolo Rossi, Maradona dan Platini. Aku sendiri berangan jadi Karl-Heinz Rumenigge. Memorable moments : Gol Bryan Robson 27 saat lepas kick-off, England v. France. Semi-final France v. West Germany yang penuh drama - keeper Toni Schumacher yang patutnya kena red card, penalty shootout yang panjang, score 3-3 sampai extra time.

Mexico 1986 – Form Two. Kali ni lebih banyak game yang aku tengok. Juga masa ni sibuk mengumpul sticker Panini (yang tak complete-complete!). Tak puas hati gila Argies menang, pasal masa ni aku minat West Germany. Memorable moments : Gol ‘Tangan Tuhan’ Maradona dan gol kedua Maradona, Argentina v. England.

Italy 1990 – Aku tak tengok, masa ni entah kenapa aku tak minat bola…yang aku tahu Jerman Barat menang penalti, dengan tangisan Gazza bila dia kena kad kuning.

USA 1994 – The Big One, walaupun mulanya aku tergelak pasal US dipilih menjadi tuan rumah sedangkan football/soccer bukan ‘sukan kebangsaan’ US. Masa ni aku kat NCUK dan sebab bilik TV terlalu penuh, roommate aku seludup masuk TV dalam bilik dimana kami hanya celebrate gol kalau kutu-kutu dalam bilik TV sama celebrate untuk elak suspicion RS. Memorable moments: Anders Escobar kena bunuh; Roberto Baggio miss penalty.

France 1998 – Time aku tengah berniaga anggur. Masa ni aku tengok sikit-sikit aje memandangkan aku kena jaga aruah ayah aku, kang ngantuk plak. Aku banyak tengok game England dengan final aje. Memorable moments : Gol Michael Owen, England v. Argentina; gol Dennis Bergkamp, Holland v. Argentina; Ronaldo pancit, final.

Japan/Korea 2002 – TV rumah aku tak terang…buat sakit mata aje. Jadi aku banyak tak tengok…Cuma tengok result kat internet aje (dan juga gambar supporter Brazil yang hampir-hampir tak berpakaian!) Memorable moments : Gol Ronaldinho, Brazil v. England dan bekas juara terkeluar tanpa sebarang jaringan..shame on you France!

Germany 2006 – rumah dah ada Astro! Jadi boleh la aku pick and choose game mana aku nak. Juga looking forward to more sexy Brazilians!

Mati Keras 2...Mati Lebih Keras

Haha…tajuk posting ni direct translation! Ujung minggu baru ni aku tiba-tiba diserang kebosanan. Dan untuk hilangkan kebosanan tu aku selongkar koleksi DVD pirate aku…aku ingat nak tengok mindless action so aku bukak Die Hard 2. Cite ni antara favorite aku tapi setakat seronok tengok tembak-tembak aje la, cite ntah apa-apa..dan antara nitpick aku yang rasa aku payah nak diterima:

1. Orang awam senang-senang boleh masuk kawasan larangan (menara kawalan).

2. Bila diperintah keluar, takde siapa iring McClane dengan Sam dalam lif, yang membolehkan McClane keluar dari lif.

3. Pistol Glock 17 (yang dipanggil Glock 7 dalam filem ni) dikatakan dibuat daripada porselin (Betul) dan tak boleh dikesan mesin x-ray (salah). Badan Glock 17 memang dibuat dari porselin yang kalis x-ray, tapi internal mechanism dia tetap logam dan boleh dikesan. Dan pistol Glock buatan Austria, bukan Jerman sepertimana disebut dalam filem

4. Plot cerita ni berkisar pasal rogue elements dalam tentera US yang nak bebaskan seorang pemimpin asing (General Esperanza). General Esperanza dibawa oleh pesawat tentera ke Washington untuk dibicarakan atas pengedaran dadah. Untuk penerbangan sensitif sebegini, pesawat sepatutnya mendarat di lapangan terbang tentera bukan awam. (dalam kes ini sepatutnya pengkalan udara Andrews, bukan Lapangan Terbang Dulles).

5. Walaupun status tahanan ialah bekas presiden (dan mungkin ada pengikut yang boleh cuba bebaskan dia), hanya seorang sahaja pengawal dalam pesawat tu!

6. SWAT team polis airport yang macam budak sekolah..bila berjalan bunched-up dan bila berbalas tembak dengan geng jahat, macam askar amatur. Dan McClane yang kira hanya polis ‘biasa’ kicks ass all by himself!

7. Tak tau regulation polis kat US camne, tapi McClane yang off-duty dan diluar jurisdiction boleh bawa lebih dari dua magazine peluru!

8. Dari yang aku ada baca, sistem ILS sebenarnya tak boleh diubah macam tu aje. Mereka kena ubah sendiri antenna sistem dan kena potong wayar untuk dapatkan hasil yang dikehendaki. Tak macam dalam movie ni yang pihak pengganas cuma ubah kat skrin saja untuk hempaskan pesawat.

9. Yang ni paling merepek: scene Esperanza sampai dan McClane terperangkap dalam cockpit. Pengganas semua lontar berbiji-biji bom tangan.Takpe. Masalahnya bom tangan tu dilempar berturut-turut, ada la dalam 12 biji, tapi meletup serentak! Dah la tu, average fius bom tangan dalam 5-7 saat. Tapi dalam filem ni makan masa dalam 15 saat (mungkin lebih!)

10. Pesawat transport takde ejection seat! Tapi dalam cite ni ada. Dah la tu, camne dan bila masa McClaine boleh strap on payung terjun?

11. Airport runway penuh dengan salji dan slush…camne pesawat nak berlepas?

12. Major Grant kena sedut dengan enjin 747…rasanya kalau ada benda seberat 200 paun kena sedut, mau pecah compressor blades. Ini takde apa pun, setakat darah terpercik aje.

13. Di kawasan Washington, ada tiga lagi airport/airfield yang boleh pesawat mendarat. Dalam filem ni, ada dialog ‘National just shut down’ yang merujuk kepada lapangan terbang Washington National, dan seolah-olah dah takde pilihan lain. Tapi dalam kes kecemasan sebegini, pesawat masih boleh mendarat di Pangkalan udara Andrews dan Langley yang berhampiran. Dan masa tragedi 9/11 banyak pesawat yang tak dapat mendarat di New York telah mendarat di lapangan terbang yang berhampiran.

Kesimpulannya : takde la bagus sangat cite omputih ni….ada yang haprak jugak

p.s. Kalau SASTRI ada baca posting ni, you are TAGGED! Sila rujuk posting kat bawah posting ni...

Thursday, June 15, 2006

Tag! Aku di tag!

Aku kena tag Blackpurple…jadi ni jawapan aku

3 SCHOOLS i WENT TO
- SRJK Limpoon (1), High School Batu Pahat, Sekolah Agama Parit Bilal.

3 THINGS IN MY BAG-
Aku takde beg, pergi opis lenggang kangkung

3 THINGS i DO WHEN i AM REALLY STRESSED
- Dengar lagu Siti, amik wudhu’, play with my daughter.

3 PLACES i GO ON A DAILY BASIS
- Toilet, dapur, bilik semayang

3 FAVOURITE FRUITS
- Malus sylvestris domestica, Averrhoa carambola, Citrus sinensis.

3 NAMES i GO BY
- Abang, Ayah, Mok

3 OF my FAVOURITE FOODS
- Laksa Johor, Murtabak Singapore, Sambal goreng

3 THINGS I AM WEARING RIGHT NOW
- Kemeja hitam S/S, Seluar slack hitam, kasut hitam dari Bata (hari ni hari hitam aku)

THE WHOS
WHO IS IN THE HOUSE WITH U?
- My wife, my kid and my brother

WHO ARE U THINKING ABOUT RITE NOW?
- My wife and mother

WHO DID U LAST TALK TO ON THE PHONE?
- An anonymous guy who wants to talk to my clerk

WHO DID U SIT NEXT TO IN UR 5TH PERIOD CLASS?
- Sape ha? Azrin? Hazrin?

WHO WAS THE LAST PERSON U TOLD U LOVED?
- My wife

WHO DO U WISH U WERE WITH RIGHT NOW?
- My mother

WHO GETS ON UR NERVES MOST AT SCHOOL?
- Ada satu mamat ni yang bila bercakap asyik ada ‘ah’ ‘ah’. Contoh : ‘Aku nak aaa..pinjam kau punya aaa…rubber?’

THE WHERES
WHERE IS UR HANDPHONE?
- In my shirt pocket

WHERE DO U SLEEP?
- Atas katil bertilam foam

WHERE IS THE LAST PLACE U TOOK A RIDE TO?
- Jitra

THE WHAT
SWHAT WAS THE LAST THING U ATE?
- An apple

WHAT COLOUR SHIRT ARE U WEARING?
- Berapa banyak kali nak tanya da?

WHAT IS THE CLOSEST ITEM NEAR U IS BLUE?
- Hole puncher.

WHAT DO U LIKE THE BEST ABOUT SCHOOL?
- Cikgu cun, takyah pikir pasal bos, naik bas sekolah dengan awek cun

WHAT IS UR FAVOURITE COLOUR?
- Biru, hitam, hijau

WHAT DO U WEAR MORE OFTEN, JEANS OR SHORTS?
- Shorts…Jeans cannot fit me anymore.

WHAT IS THE LAST MOVIE U WATCHED?
- The Lord Of The Rings trilogy (marathon session....pirated VCD punya)

THE WHENS
WHEN DID U START SCHOOL?
- 6 tahun la!

WHEN DID U LAST GO TO THE MALL?
- The Mall depan PWTC? Kalau yang tu bulan 8 tahun lepas.
- Kalau mall tu maksudnya shopping complex, baru minggu lepas


WHEN DID U LAST BURN SOMETHING?
- Minggu lepas, burn CD lagu….boleh?
- Kalau membakar, dua bulan lepas aku ada memerun….

A Business Proposal

REQUEST FOR URGENT BUSINESS RELATIONSHIP

FIRST, I MUST SOLICIT YOUR STRICTEST CONFIDENCE IN THIS TRANSACTION. THIS IS BY VIRTUE OF ITS NATURE AS BEING UTTERLY CONFIDENTIAL AND 'TOP SECRET'. I AM SURE AND HAVE CONFIDENCE OF YOUR ABILITY AND RELIABILITY TO PROSECUTE A TRANSACTION OF THIS GREAT MAGNITUDE INVOLVING A PENDING TRANSACTION REQUIRING MAXIIMUM (sic) CONFIDENCE.

WE ARE TOP OFFICIAL OF THE FEDERAL GOVERNMENT CONTRACT REVIEW PANEL WHO ARE INTERESTED IN IMPORATION (sic) OF GOODS INTO OUR COUNTRY WITH FUNDS WHICH ARE PRESENTLY TRAPPED IN NIGERIA. IN ORDER TO COMMENCE THIS BUSINESS WE SOLICIT YOUR ASSISTANCE TO ENABLE US TRANSFER INTO YOUR ACCOUNT THE SAID TRAPPED FUNDS.

THE SOURCE OF THIS FUND IS AS FOLLOWS; DURING THE LAST MILITARY REGIME HERE IN NIGERIA, THE GOVERNMENT OFFICIALS SET UP COMPANIES AND AWARDED THEMSELVES CONTRACTS WHICH WERE GROSSLY OVER-INVOICED IN VARIOUS MINISTRIES. THE PRESENT CIVILIAN GOVERNMENT SET UP A CONTRACT REVIEW PANEL AND WE HAVE IDENTIFIED A LOT OF INFLATED CONTRACT FUNDS WHICH ARE PRESENTLY FLOATING IN THE CENTRAL BANK OF NIGERIA READY FOR PAYMENT.

HOWEVER, BY VIRTUE OF OUR POSITION AS CIVIL SERVANTS AND MEMBERS OF THIS PANEL, WE CANNOT ACQUIRE THIS MONEY IN OUR NAMES. I HAVE THEREFORE, BEEN DELEGATED AS A MATTER OF TRUST BY MY COLLEAGUES OF THE PANEL TO LOOK FOR AN OVERSEAS PARTNER INTO WHOSE ACCOUNT WE WOULD TRANSFER THE SUM OF US$21,320,000.00(TWENTY ONE MILLION, THREE HUNDRED AND TWENTY THOUSAND U.S DOLLARS). HENCE WE ARE WRITING YOU THIS LETTER. WE HAVE AGREED TO SHARE THE MONEY THUS; 1. 20% FOR THE ACCOUNT OWNER 2. 70% FOR US (THE OFFICIALS) 3. 10% TO BE USED IN SETTLING TAXATION AND ALL LOCAL AND FOREIGN EXPENSES. IT IS FROM THE 70% THAT WE WISH TO COMMENCE THE IMPORTATION BUSINESS.

PLEASE,NOTE THAT THIS TRANSACTION IS 100% SAFE AND WE HOPE TO COMMENCE THE TRANSFER LATEST SEVEN (7) BANKING DAYS FROM THE DATE OF THE RECEIPT OF THE FOLLOWING INFORMATIOM BY TEL/FAX; 234-1-7740449, YOUR COMPANY'S SIGNED, AND STAMPED LETTERHEAD PAPER THE ABOVE INFORMATION WILL ENABLE US WRITE LETTERS OF CLAIM AND JOB DESCRIPTION RESPECTIVELY. THIS WAY WE WILL USE YOUR COMPANY'S NAME TO APPLY FOR PAYMENT AND RE-AWARD THE CONTRACT IN YOUR COMPANY'S NAME.

WE ARE LOOKING FORWARD TO DOING THIS BUSINESS WITH YOU AND SOLICIT YOUR CONFIDENTIALITY IN THIS TRANSATION. PLEASE ACKNOWLEDGE THE RECEIPT OF THIS LETTER USING THE ABOVE TEL/FAX NUMBERS. I WILL SEND YOU DETAILED INFORMATION OF THIS PENDING PROJECT WHEN I HAVE HEARD FROM YOU.

YOURS FAITHFULLY,

DR CLEMENT OKON

NOTE; PLEASE QUOTE THIS REFERENCE NUMBER (VE/S/09/99) IN ALL YOUR RESPONSES
**************************************

Menarik tu…kurang-kurang boleh dapat US4.26 million, pakcik kayo!!!!! Tapi masalahnya aku ada dapat email yang sama dari ‘tuan tanah’ di Zimbabwe yang ‘nak selamatkan harat dari dimilik negara’, atau dari ‘assistants of ex-Burkina Faso President’ dan macam-macam lagi la! Kalau dah benda yang sama berulang, it stinks to high heavens of SCAM! Email ni mmg sah aku tak layan… tapi ada sekali aku balas balik dengan aku tukar details dia kepada Malaysia… kakakaka. Anyway, kalau betul pun, kita akan terlibat dengan perbuatan jenayah..lagi naya!

Kalau ada yang tertarik dan balas e-mail ni, sah-sah scammers mintak ‘duit kopi’ dari kita kononnya nak rasuah pegawai kat tempat dia atau sebagai ‘admin fee’. Lepas tu dia delay atau buat dekkkk aje…takpun dia mintak lagi untuk ‘rasuah’ pegawai lain pulak. Last-last duit beribu habis, apa pun tadak!

Wednesday, June 14, 2006

Lagu untuk peniaga gula

Gula (ikut melodi Bisa – Search)

Gula… Gula

Mana pergi gula...hilang
Pening tak terkira...macamana

Gula… gula
manakah pergimu...hairan
Kau larikankan gula dari Malaysia

Chorus:
Kau seludup bungkus gula
Setelah kau sorokkan
Harganya kau nak tinggi
Public kau tak endahkan

Gula... gula
Kami teraniaya kerana gula

Gula...gula
Sungguh tak mengerti
Kenapa begini

################

Hmmm, itu la. Dari yang aku baca kat paper, gula banyak dikebas secara bulk buying oleh industri. Agaknya mereka speculate yang harga gula boleh naik (dan mereka boleh charge lebih untuk produk mereka) kalau depa hoarde cara camtu. Dan dari peniaga runcit pulak, ada yang sengaja hadkan pembelian tapi sorok stok - regular customer aje boleh beli, tu pun disuruh sembunyi dalam baju. 'Takut orang tahu kedai saya ada gula' katanya. Dan di satu negeri kat Malaysia ni, ada penduduknya yang bawa lari gula ke seberang sebab harga gula kat sana dalam 70-80 sen lagi mahal sekilo. Itulah ceritanya kalau dah tamak.

1/72 British Aerospace Hawk Mk. 108

Latarbelakang : Setelah pembatalan pembelian pesawat Tornado pada awal 90an, TUDM telah memesan sejumlah 28 pesawat Hawk dari UK yang terdiri dari 18 Hawk Mk 208 (penyerang) serta 18 Hawk Mk 108 (latihan lanjutan / serangan darat) bagi menggantikan pesawat A-4PTM Skyhawk. Jumlah Hawk semakin berkurangan akibat beberapa kemalangan sejak menyertai TUDM.

Model : Saya menggunakan model Hawk 100 dari Italeri. Model dibuat secara ‘out of box’ dengan perubahan pada kedudukan ‘wing fences’ dan penggantian ‘smurfs’ (unit aerodinamik pada bahagian ekor pesawat) yang asalnya terlalu kecil dan diganti dengan kepingan plastik yang dipotong mengikut bentuk sebenar.

Cat dan decals : Pesawat Hawk saya dicat dengan menggunakan warna Medium Sea Grey. Buat masa ini saya belum lagi membuat proses ‘weathering’. Untuk decals, saya menggunakan decal ‘RMAF Strike Fighters’ dari VFA Productions. Model saya mewakili pesawat M40-08 dari No. 6 Skuadron.

Untuk melengkapkan model ini, saya memasang 2 peluru berpandu AIM-9J Sidewinder dari Hasegawa yang secara luarannya sama dengan AIM-9P Sidewinder yang digunakan TUDM.

Tuesday, June 13, 2006

1/72 Boeing F/A-18D Hornet

Latarbelakang : Bersama-sama pembelian pesawat Fulcrum pada tahun 1993, TUDM turut memesan sejumlah lapan pesawat F/A-18D Hornet dari AS (yang dikontroversikan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini). Pesawat-pesawat Hornet ditempatkan di pengkalan udara Butterworth dan mempunyai tugas serangan darat dan laut bersenjatakan bom panduan laser Paveway II, peluru berpandu AGM-65 Maverick, pod roket CRV-7 dan peluru berpandu anti-kapal AGM-84 Harpoon.

Model : Saya menggunakan model F/A-18D ‘USMC’ dari Hasegawa. Model dibuat secara ‘out of box’ dengan tanpa perubahan walaupun saya dapati kerusi lenting yang disertakan tidak sama dengan pesawat sebenar. Perincian cockpit juga tidak sama dengan Hornet TUDM kerana ianya lebih kepada cockpit F/A-18B. Oleh kerana kekurangan peralatan ketika model ini, saya turut tidak menambah antena GPS dan sistem chaff/flare ALE-47 yang berlainan daripada apa yang ada di dalam kotak.

Cat : Hornet TUDM adalah unik berbanding Hornet tentera udara lain kerana ianya dicat dengan warna Gunship Grey – sama dengan pesawat F-15E Eagle USAF. Bagi model ini, saya menggunakan cat Gunze Sangyo dengan menggunakan apa lagi…berus! Tapi saya rasa ‘scale effect’ saya terlebih buat sebab nampak terlalu ‘cerah’!

Decals : Saya menggunakan decal ‘TUDM McAir F/A-18D Hornet’ dari F-4Dable Models, satu lagi syarikat tempatan yang terlibat di dalam hobi ini. Decal dipasang tanpa banyak masalah, kecuali stencil yang kecil untuk antenna. Model saya mewakili pesawat M45-03.

Untuk melengkapkan model ini, saya configure Hornet TUDM dalam mod serangan anti-kapal dengan memasang 2 peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9 Sidewinder, 2 peluru berpandu AIM-7 Sparrow, 2 peluru berpandu anti-kapal Harpoon serta 3 tangki minyak tambahan.

Rumah Lereng Bukit

Zaman dulu…tak ramai buat rumah dikawasan bukit
Tempat jin bertendang kata orang tua-tua!
Zaman sekarang pemaju berebut buat rumah di bukit
Itu la ‘prestige’ dan ‘elite’ kata mereka!
Bila menyembah bumi
‘Salah kau!’ ‘Eh, salah kau la..apehal plak aku!’

Aku rasa trend perumahan di Malaysia, terutama kat area Hulu Kelang banyak berpunca dari orang kita yang amatlah suka meniru gaya hidup orang luar – dalam kes ni, rumah-rumah di Beverly Hills dan Malibu di California USA. Masalahnya, banyak beza antara California dengan Selangor…antaranya California hujan tak banyak, jadi masalah gelinciran tanah kurang. Selangor banyak hujan, tanah pulak peroi, alamat sakan le tanah tu menggelongsor. Memang le pemandangan cantik dan indah kalau kat kawasan tinggi, tapi apa ke jadah pemaju nak sangat buat rumah kat area bukit? PBT pun senang aje bagi kelulusan nak buat perumahan. Ha, sekarang aku boleh kata hampir kesemua kawasan perumahan kat Hulu Kelang - hartanah yang bernilai berjuta-juta ringgit (nilai yang suka-suka diletak manusia) dah tak berguna…semuanya potential disaster area!

Dan kat paper Isnin 12/6 kata kawasan Hulu Kelang dengan Hulu Selangor ‘high-risk’ area untuk tanah runtuh. Hmmm yang ada rumah kat situ ada rasa nak pindah ke?

Sunday, June 11, 2006

FIFA Fussball-Weltmeisterschaft Deutschland 2006

Here we go! Ale, Ale Ale! Go, go, go! Ale, Ale Ale!
Arriba va! El mundo esta de pie. Go, Go, Gol!! Ale, Ale, Ale…

Mulai Jumaat baru ni bermula la pesta bola empat tahun sekali. Semua kaki-kaki bola terpacak depan TV, tak kira di rumah, asrama, kedai kopi, kelab malam dan rumah kongsi. Kopi dan Nescafe menjadi bekalan…kekurangan gula tak jadi masalah sebab boleh buat kopi yang kawww punya sebab nak berjaga malam. Dan dalam tempoh ini juga banyak majikan dah sound awal-awal yang mereka tak boleh nak tolerate pekerja yang mengantuk dan tidur di pejabat…tapi tak tau la kalau bos-bos sendiri yang mengantuk! Tak ketinggalan dalam kegilaan World Cup ialah tokey-tokey warung dan kedai makan yang pacak white screen dengan harapan ramai yang datang tengok sambil makan. Tapi rasanya tak banyak yang depa boleh dapat. Apa taknya, kalau pi tengok bola tapi setakat order air satu dengan mee goreng aje ke…lepas tu duduk kat situ sampai dekat dua jam. Lepas tu orang lain nak makan dah takde seat, income increase sikit aje le! Turut tak ketinggalan along-along yang menawarkan pakej pinjaman untuk betting!

Kalau di Barat dah ada ‘world cup widows’ – isteri yang tak diendah suami masa ni. Tak tau le kalau kat Malaysia ni ada. Tapi yang pastinya, kaum ibu tak dapat nak tengok beberapa rancangan kegemaran mereka sebab kaum bapa dah conquer TV terutama bagi yang ada Astro. Takpe la makcik, kasi can la…selama ni pun makcik conquer TV sebab nak tengok drama, nak tengok Diari AF, Konsert AF..kasi can pakcik pulak la, lagipun empat tahun sekali je! Dan sebut pasal konsert AF ni, sanggup Astro ubah ke siang sebab clash dengan game awal – bukan apa, TV pakcik dah conquer, pakcik tak minat AF…nanti camne makcik dan adik nak AFUNDI, kalau makcik dan adik takleh AFUNDI, camne nak dapat income yang berbelas-belas juta RM tu!

Ikut akhbar, dijangka 30 billion orang akan menonton World Cup – penduduk Bumi ada 6 billion, mana datang lagi 24 billion? Planet Zargus? Haha! OK ada jugak yang pikir camtu…sebenarnya tidak,maknanya dijangka 30 billion penonton untuk 64 perlawanan, maknanya average 468,750,000 orang akan menonton setiap perlawanan. Dan ada orang yang sanggup berhenti kerja semata-mata sebab dia takleh nak dapat cuti sebulan dengan tujuan nak tengok (maknanya, dia nak tengok semua game la!) Not me, aku akan hanya tengok game yang libatkan England, Brazil, Itali dengan Argentina.

Tapi tengah dunia sibuk nak berWorld Cup, ada juga manusia yang tak tahu World Cup tu apa…salah sorangnya George W. Bush. Typical la Americans, banyak main sukan syok sendiri macam baseball dengan American Football. Lepas tu, bila buat pertandingan, panggil World Series dan juaranya World Champion…sedangkan team yang masuk semuanya local, maybe ada team dari Samoa ke, Taiwan ke atau Jepun. Kalau guna logik camni, ia seumpama FAM anjur Piala Malaysia, panggil Brunei dengan Singapore, lepas tu panggil kejohanan tu WORLD CUP!

Kepada peminat bola semua, selamat menonton!!!

Friday, June 09, 2006

Puteriku Nabila

Ini Nabila, anak tunggal (so far!) aku. Umurnya nak masuk satu setengah tahun. Belum boleh bercakap lagi tapi manjang ‘membebel’ dengan bahasa ‘Jerman’ dia. Tak tau le kalau dah bercakap nanti camne. Buat masa ni hobi dia suka baca (sort of) buku. Dari picture book untuk umur dia sampai le ‘Jane’s Fighting Ships Of World War II’….Pakcik aku kata dah besar nanti jadi profesor, sebab minat sangat dengan buku. Satu lagi minat dia ialah kucing. Asal nampak kucing aje mesti nak kejar. Nampaknya aku kena bela kucing la lepas ni!





Thursday, June 08, 2006

My modeling hobby...the begining

Kalau tengok entry-entry awal aku dalam blog ni, banyak cerita pasal model. Sebabnya itu la hobi aku – buat model. Hobi ni membolehkan aku yang minat dunia ketenteraan untuk memiliki persenjataan canggih dan terkenal dari serata dunia tanpa perlu pakai AP atau kena mintak permit senjata dari KDN.

Aku mula minat dengan hobi ni masa aku Darjah 5. Masa Raya, aku keluar pergi rumah cikgu kat area bandar Batu Pahat (budak sekarang rumah sape2 pun pergi walhal bukan kampong/taman tempat dia tinggal, sebab nak collect duit, lepas tu main game, duit abis pi rumah orang lagi!). Balik dari rumah diaorang, kami pergi Emporium Batu Pahat (yang sekarang jadi KFC dekat bas stand tu). Masa tu aku haram tak minat dengan model, setakat die cast punya toys tu ye la. Member aku dua orang beli model kapal angkasa kartun Jepun – Crusher Joe, aku pulak beli Kalkitos transfer sheet (ada lagi ke benda alah ni?). Daslam dua minggu lepas tu, aku pergi rumah dia dan tengok model yang dia dah siapkan. Cantik la gak kat mata aku. Dan sebab masa tu aku budak maka sambil aku memgang model tu, dalam kepala otak bermacam-macam scene pertempuran angkasa berlaku. Jadi aku rasa, aku pun nak buat model la. Tapi aku nak berpijak sikit di bumi nyata, jadi aku nak beli model pesawat sedia ada.

Dengan saki-baki duit raya yang masih ada dan dengan penjimatan duit belanja sekolah, aku pergi la Emporium sendiri (naik basikal lagi, dari Limpoon ada la dalam 3km). Model aku yang pertama sebiji F-14 Tomcat dalam skala 1/144…mahal masa tu tau….RM3.50 (mahal la untuk budak 11 tahun). Untuk gam pulak, aku lupa member aku pakai gam apa, jadi aku pakai gam getah(!). Jadi abis Tomcat aku bertepek dengan gam yang terlalu pekat dan tak sesuai! Decals? Haha…masa tu aku punya BI haprak, tak paham arahan untuk rendam decal, slide design ke atas model bila tanggal dari backing paper, tekap dengan kain dan keringkan. Jadi apa aku buat, aku kerat decal tu, aku tampal dengan backing paper sekali! Cat? Takyah….aku cuma guna marker pen hitam untuk tayar dan mana-mana part yang warna hitam. Gitu la buruknya model aku yang mula-mula. Tapi bila aku buat model aku yang kedua beberapa bulan kemudian (MiG-25 skala 1/144), aku mula guna ‘gam kayu’ (yang sekarang ni dikuasai brand Uhu), baru la nampak siuman sikit model tu, setakat banyak bekas cap jari bergam dengan overflow dari sendi-sendi model tu. Decal pun aku pasang ikut arahan, Cuma cat aje tak. Itu le permulaan aku dalam dunia modeling……

Lepas tu aku bertukar skala 1/72. Model pertama aku dalam skala ni Focke Wulf FW 190D-9 dari Hasegawa. Macam sebelumnya, aku tak cat, setakat part kaler hitam aje. Tapi tang decalnya aku tak ikut skema warna pasal aku bubuh ikut suka aku, mana-mana personal markings yang suka. Dah tu, bilah kipas dia aku buang pasal nampak tak cool, tak macam masa terbang….ye la tujuan aku buat model masa ni ialah lebih untuk menjadi mainan aku dan adik-adik! Masa aku darjah 6 pulak, aku ada beli model Super Sabre dengan RF-101 Voodoo….aku rasa ni kitbash aku yang pertama (tapi haram tak munasabah). RF-101 Voodoo ialah pesawat pengintip, takde senjata, tapi aku kebas wing pylon dengan Sidewinder Super Sabre tadi, pasang kat Voodoo tu. Menjelang Tingkatan Dua, ada satu jenama baru sampai kat Batu Pahat – Tamiya. Tamiya agak agresif dalam memperkenalkan jenama mereka. Selain model, cat turut dijual kat emporium. Jadi aku mula mengecat model aku…pakai berus (sampai la sekarang…heh). Cat Tamiya plak acrylic, boleh pakai air nak cairkan dan bersihkan…senang la kerja aku. Dalam masa ni jugak aku kenal 2-3 meber kat sekolah yang sama kaki model termasuk la anak Pegawai Daerah masa tu. Aku melongo aje la tengok model-model dia…ye la anak DO, boleh la beli model tank Tamiya yang rege sampai RM30 (murah ikut harga sekarang – dulu M1 Abrams RM30, sekarang dah RM169). Paling mahal aku beli model masa ni model jeep, ada la dalam RM11.

Bersambung……

...and now for something light

I
OK siapa tak kenal Misha Omar penyanyi lagu ‘pontianak?’ Kenal kan? Dulu aku minat gak dia (comel weh). Tapi lama-kelamaan aku dah tak minat. Pasalnya? Satu, aku rasa dia perasan…tapi tu small matter. Dua, banyak aku perati, dia seolah-olah nak tiru CT. Tau la orang gembar-gembur awak tu pencabar/pengganti Siti tapi takkan gaya dressing CT pun nak tiru? Tapi tu pun small matter. Ketiga, Misha dah agak lama jadi artis, album pun dah dua tapi bila buat show, manjang nyanyi ‘Pulangkan’ dengan ‘Bunga-Bunga Cinta’ selebihnya nyanyi lagu orang! Camne nak jadi artis top kalau nyanyi lagu orang aje?

II
Kat Berita Minggu baru-baru ni, ada cerita pasal Jessica Alba pelakon Fantastic Four yang mengeluh pasal kemasyhuran dia. Katanya dia tak boleh nak topless kat pantai sebab paparazzi nanti ambik gambar dia….hmmm omputih, itu yang dirisaukan….

III
Dengar kabor Mawi nak dibawa ke Timur Tengah pulak. Baguslah…tapi tak tau la camne Maestro boleh nak bawa artis yang honestly cakap ‘unproven’ kat tempat sendiri untuk dijaja di luar pulak….walaupun album beratus ribu tapi masih banyak detractors, dari industri plak tu!

Wednesday, June 07, 2006

Hornets, Fulcrums and Hawkeyes

And now, another edition of my own comments on peoples’ comments elsewhere.

This time it is about Tun Dr Mahathir’s allegations that somebody bought another plane (the Boeing F/A-18D Hornet) instead of more Mikoyan MiG-29Ns. Rather than commenting on that allegation, and the problem with the ‘source code’, this entry will examine two entries in the comments section of Jeff Ooi’s blog.

The first one
"There are 2 versions of F-18s. One is the F/A -18 and what we have is the F-18.
The F/A-18's are dual role capable.. With the F-18, it is only for air defence role. We bought the same version as the Swiss."

Alpha says : There is actually NO two versions of the F/A-18 Hornet except single- and twin-seater. The Swiss (and also Finnish) Hornets are the exception as their planes lacked certain avionics, targeting and weapons control features to effectively engage surface targets. The reason is actually semantics – the letter ‘A’ in the aircraft designation signifying ‘attack’. The rationale is that both countries are neutrals. In the case of Finland, they don’t have armed forces, they have Defence Forces signifying that Finland’s armed forces is geared for defence, never for offence. The similar rationale is also used by the Swiss. So, in order to realize this policy, the attack systems were taken off from their airframes.

Now, TUDM’s Hornets are multi-role aircraft with night attack capability to boot. While aircraft M45-01 to M45-04 are twin-stickers (any one crew member can fly the plane – it can also be used as operational/conversion trainer) with no diminished mission capability, aircraft M45-05 to M45-08 are fully mission-capable aircraft. If TUDM’s Hornets have only the air combat capability, what is the use of the included AN/AAS-38 Nite Hawk nav/targeting pod, AGM-65 Maverick air-to-surface missile, GBU-12 Paveway II laser-guided bombs, CVR-7 unguided rockets, AGM-84 Harpoon anti-ship missile and dumb bombs?

The second opinion
"Frankly speaking if our pilots were to go to air battle I am not sure they can operate the MIG well because can one trust the reliability or well-maintenance of the MIG. In the past we hear our pilots were dying more from crashes before going into any air battles. Can we blame the pilot or the quality of maintenance???Not only the fighter planes but last time we hear of the tanks were not functioning well.The big question can we defend ourselves in time of war? I have my doubts. We probably find a lot of breakdowns.But then the question is what happen to all the budget spending on the defense???"

Alpha says: Sir, if you doubt that the MiGs cannot go into battle because of faulty maintenance, you might as well doubt their ability to fly at all! While a number of our fine soldiers were killed in air crashes, it is not unique; so are their compatriots in other air forces. Try read international journals on aviation especially on military.

About the tanks, I presume you read about the Adnans with faulty brake pads? Well, you should check the later news…the Adnans suffer from lack of TRACK PADS (our local reporter at it again when reporting military affairs) The track pads is placed on the tracks so that the vehicle can run more quietly and further extend the life of the track, not to mention road surfaces. Lack of track pads will only anger JKR and Samy Vellu as the unpadded tracks can tear up the road. It won’t affect the operability of the vehicles.

The third opinion
"Mahathir does not know the power of the Singapore army.
Every fighter planes in Malaysia is being tracked the moment it take off from the radar in the sky.

Once it crosses the border, it would be shot down by Singapore air defence system and expect massive attacks from its fighter planes base in US, France, Australia and Taiwan."

Alpha says: Yeah, the RSAF is all-conquering and all-powerful…sure, it has more planes than TUDM. Sure, their E-2Cs can detect aircraft taking off….and so are we! Place a powerful radar somewhere on a hill at south Johore, probably on top of Gunung Pulai, and we also can see their aircraft taking off (although perhaps at a higher altitude as compared to the AEW platform). What’s more, ALL the airbases in Singapore can come under artillery and rocket fire from Johor, denying their use. Massive attacks? They need to deploy first, and it is not comfortable sitting in a tight enclosure for hours and then having to run the gauntlet of AA fire. Even the US is quite hard-pressed to deploy its fighter assets effectively in a short space of time. This is NOT Command and Conquer! And I'd like to remind that I'm not advocating a war between our country and Singapore.

Tuesday, June 06, 2006

Apa yang pelik....

Walaupun aku tak kena tag dengan sape-sape, aku nak berkongsi sikit kepelikan aku

- Aku berdarah Jawa, tapi tak reti cakap Jawa…yang aku tahu cuma siji sampai sepulu dan beberapa perkataan macam air jarang, bontrot, ngompol…..

- Aku tak suka makan udang tapi belacan, keropok udang dengan udang goreng celup tepung aku belasah.

- Aku tak minat lagu sekarang terutama rock zaman sekarang, aku selesa dengan Search, Wings, Lefthanded, Scorpions, Metallica (pre- S&M), Skid Row….

- Aku takleh sebut perkataan yang berakhir dengan ‘th’ macam bath, bunyi ‘th’ aku akan jadi ‘f’.

- Aku pelik tengok orang baca komik Cina, tapi komik-komik Batman aku masih aku simpan lagi.

- Secara sembunyi-sembunyi aku tengok Astro Channel 60, 61 dengan 62.

- Hobi aku buat model. Dan aku tekankan dengan sedara-mara dan kawan-kawan, model bukan permainan. Tapi bila aku dapat siapkan sebiji model, aku akan membelek model pesawat dengan bunyi ‘woosshhhhh’ dari mulut aku.

- Aku minat sangat dengan dunia ketenteraan tapi aku tak masuk tentera..setakat Kadet Tentera masa sekolah aje..

- Walaupun dah kawin, aku masih segan berjumpa pompuan terutama yang cun-cun!

- Aku buat perancangan bina model aku dengan terperinci, macam buat model tu profesion aku!

- Kalau aku marah, aku guna BI…sama la kalau mencarut…..

Sunday, June 04, 2006

Timor Leste dan militan

I

Mulai minggu lepas, anggota Tentera Darat dari 10 Briged Para (Pasukan Aturgerak Cepat) beserta elemen armor dan juga anggota dari Rejimen Gerak Khas (tetapi tiada anggota dari siri Gerak Khas) telah dihantar bertugas sebagai pengaman / pelindung di Timor Leste. Kehadiran tentera kita, bersama-sama tentera Australia, New Zealand dan Portugal adalah di atas undangan pemimpin Negara tersebut yang sedang dilanda kemelut dan kekacauan. Ini adalah satu penghormatan yang besar oleh kerana ianya di atas permintaan Negara tersebut (dan bukan kita memandai-mandai nak masuk) dan di atas restu PBB. Ianya juga membanggakan kerana angkatan tentera kita yang kokak (ikut kefahaman sesetengah rakyat Malaysia sendiri!) telah dipilih berbanding satu angkatan tentera yang konoonnya boleh sampai ke Batu Pahat dalam masa 24 jam dari tempat mereka.

Bagaimanapun kehadiran tentera kita tidak mendapat coverage sewajarnya hatta dari media tempatan, sedang media syok dengan cerita nikah misyar, Pok Jeng, World Cup, Akademi Fantasia dan MyTeam. Aku tak pasti dengan pihak PR ATM sendiri yang sepatutnya membuat press release pasal benda-benda begini. Tak tahu la kalau banyak melibatkan rahsia atau tiada arahan dari pihak atasan. Dan takyah harap media luar seperti BBC dan CNN akan siar gambar tentera kita secara meluas….setakat ni majority besar footage yang keluar ialah askar Australia. Aku tak kisah sangat pasal Media Prima sebab mereka swasta (CNN pun swasta juga….) tapi RTM sebagai media kerajaan tak ada pun hantar news team siap dengan kamera ke sana.

Tak tau la nak tunggu ada kejadian macam pertempuran Bakara Market, Mogadishu 1993 dulu baru nak bagi coverage. Atau tunggu ada filem macam Black Hawk Down baru nak bising!

II

Yang ni hal sensitif sikit. Aku tak mau cite banyak-banyak..kang tak pasal-pasal aku kena culik dan masuk CNN atau Al-Jazeera. Takpun kereta aku meletup,

Ini pasal militan Islam. Aku pun tak mau sentuh sebab masing-masing tubuhkan organisasi ni. Cuma aku rasa ironi sikit. Kebanyakan gerombolan ni timbul semasa pendudukan Soviet di Afghanistan (1979-1988) termasuk la Osama bin Ladin. Kebanyakannya hadir di Afghanistan ‘untuk membantu saudara Islam yang ditindas’. Bila Soviet berundur, kebanyakan mereka balik dan kemudiannya timbul semula bila umat Islam di Bosnia disembelih, atau di Iraq, atau di Chechnya, Kosovo dan sebagainya. Tapi setakat yang aku tahu, takde satu pun organisasi ini yang menyeludup masuk ke wilayah Palestin atau Israel untuk membantu rakyat Palestin berjuang membebaskan negara mereka…..kenapa?

Pembangunan dan Pelancongan

Wow! Dikhabarkan akan ada Disneyland di kawasan Nusajaya, bandar baru di kawasan Gelang Patah. Setakat ni pihak-pihak yang berkenaan tengah berbincang dengan pihak pengurusan Disney bagi merealisasikan projek ini. Bagus la jugak, boleh aku bawak anak aku jumpa Mickey and the gang tanpa keluar beribu ringgit (mungkin beratus – tengok la macam mana depa charge kalau menjadi projek tu!). Dan yang bestnya…dekat dengan kampung aku!

Projek camni ada banyak kebaikannya – memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, menarik pelancong asing ke negara kita samada secara terus atau collateral. Cuma part yang aku skeptical sikit ialah lokasi. Maksud aku, di Malaysia. Bukan apa, negara kita ni paham-paham le, temperature pusing-pusing dalam 30-33 Celcius, panas kalau nak berada di luar. Kesian bebudak kecik dan juga sape-sape yang kena pakai suit Mickey and the gang. Kat California dengan Florida (lokasi-lokasi asal Disneyland) memang panas, tapi sebab kering, tak la berlengas sangat ketiak. Lagipun temperature kat sana tak la tinggi sangat, dalam 27-29 Celcius. Sesekali aje ada heat wave. Tapi mungkin juga pemaju ada idea camne nak kurangkan masalah ni?

Baru-baru ini ada kejadian kapal tunda melanggar terumbu karang di Pulau Sipadan, Sabah. Akibatnya banyak karang yang musnah akibat pelanggaran tersebut dan dijangka menagmbil masa berpuluh-puluh tahun untuk pulih. Kapal tunda tersebut sedang membawa perlatan binaan untuk membesarkan chalet di pulau tersebut.

Apa yang aku nak luahkan disini bukan pasal pelanggaran tu, tapi projek kat pulau tu. Selain Sipadan, pelancong dan penduduk tempatan turut prihatin dengan cadangan pembinaan lot kedai di Pulau Perhentian, Terengganu. Aku rasa sepatutnya beberapa tempat tumpuan pelancong di negara kita dibiarkan begitu sahaja atau pembangunan fizikal dibuat secara minima dan mesra alam. Tak semestinya kalau takde bangunan kedai yang berderet, hotel mewah sampai lima-nam bintang atau highway 4-6 lorong pelancong tak datang tempat. Ramai pelancong lebih berminat melihat natural beauty tempat-tempat peranginan di negara kita. Depa peduli hapa kalau takde hotel mewah, janji kemudahan asas mencukupi dan dalam keadaan baik. Kena pulak backpackers yang jenis low-budget punya pelancong. Tapi kita buat itu, buat ini….memang lebih selesa,tapi kalau nak selesa, baik duduk rumah aje. Dan akibat daripada pembangunan (dan juga kerakusan) tengok apa dah jadi dengan Genting Highlands – penuh dengan bangunan, dah jarang jumpa dah keadaan berkabus (kecuali hujan) tengok apa jadi kat Cameron Highlands..abis togel bukit dan di kedua-dua tempat dah tak sejuk macam dulu. Pulau Payar pula berlonggok dengan sampah dan banyak karang yang musnah.

Walaupun kehadiran pelancong yang ramai ke sesuatu tempat akan memakmurkan kawasan tu, ada kalanya kita perlu mengimbangkan keperluan monetary dengan keperluan alam. Dalam jangka masa panjang, tempat-tempat yang dibangunkan terlalu banyak akan kehilangan tarikannya – tak sejuk ke, takde ikan ke, dan macam-macam lagi. Dan aku respek pihak yang bertanggungjawab ke atas Bukit Fraser dan Bukit Larut, dengan menghadkan kehadiran kenderaan (consequently, orang ramai) kedua-dua tempat ni masih maintain identiti tempat rehat tanah tinggi (sejuk, nyaman, penuh kehijauan rimba). Nampak macam ironi, tapi itulah hakikatnya!

Thursday, June 01, 2006

Tujuh Tahun Telah Berlalu

Esok 2 Jun 2006. Bermakna dah tujuh tahun Ayah meninggalkan aku dan keluarga. Ayah pergi buat selama-lamanya jam 1.30 pagi 2 Jun 1999 di Hospital Sultanah Aminah, JB.

Aku tak pandai nak berbicara secara puitis...cukuplah aku nyatakan yang aku amat merinduinya. Aku rasa tak cukup apa yang aku dah buat untuk balas jasa Ayah.... Apa yang aku boleh buat kini ialah mendoakan kesejahteraannya di Alam Barzakh. Semoga rohnya ditempatkan di antara solihin....Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Di luar jendela H61, Neuadd Cwrt Mawr

Ni la keadaan kat luar bilik aku masa




snow (gambar ni masa snow kali keempat winter 1995/1996)






hujan (spring 1996 - kelihatan sebuah Imperial Star Destroyer melintasi kamera)







dan kabus, seminggu lepas gambar kat atas diambil

Search dan rampasan bas

I

Search! Siapa yang tak kenal gergasi rock Malaysia ini terutama mereka yang dah berumur 30an? Satu kumpulan yang begitu gah dipersada muzik tempatan terutamanya di tahun-tahun 80an dan awal 90an dengan banyak lagu-lagu hits yang masih diputarkan dicorong-corong radio, transistor, walkman, hi-fi, computer dan komputer. Siapa yang tak boleh tangkap lentok dengan Fantasia Bulan Madu, Isabella, Rozana, Cinta Sepi, Kejora dan Seroja? Atau banging dengan Pawana, Purnama, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Musnah, Langit dan Bumi atau Neo Romantik? Walaupun dah berapa kali mengalami perubahan line-up sejak dari awal lagi, mereka tetap menjadi idola remaja dan juga kumpulan rock lain.

Bagaimanapun beberapa tahun lepas, tunjang utama Search – Amy, Nasir, Yazit dan Din telah merasmikan pembubaran kumpulan mereka. Secara simboliknya mereka telah menyimpan salinan album-album mereka di dalam sebuah peti besi yang tidak akan dibuka lagi.

Tetapi dalam masa setahun-dua selepas itu terdapat ura-ura untuk menghidupkan semula gergasi ini. Bagaimanapun rancangan mereka agak tersekat dan mereka hanya mengadakan gigs sahaja tanpa mengeluarkan album baru. Dan baru-baru ini di dalam akhbar The Star, diberitakan bahawa kumpulan Search akan menerbitkan album baru! Kali ini Search akan menampilkan line-up mereka yang paling terkenal – Amy, Hilary, Yazit dan Nasir (tidak dinyatakan kenapa tiada nama Din). Harapnya kali ni menjadi. Kita tengok sejauh mana penguasaan mereka setelah lama menyepikan diri dan remaja sekarang lebih minat irama hip-hop dan AF…ROCK FOREVER!

II

Juga kat suratkhabar semalam ada kes orang kurang siuman merampas bas Transnasional dan kemudian membawanya sampai melanggar tiang. Aku teringat masa aku A-Level tapi aku tak ingat tahun 1990 ke 1991. Masa tu student PPP/ITM tinggal kat Seksyen 18 Shah Alam. Budak A-Level masa tu kelas kat Seksyen 2 manakala budak program US kat Seksyen 17 jadi kita orang naik bas yang berlainan la. Lagipun kelas budak A-Level start sejam awal dari budak US, yakni pukul 8 pagi. Jadi satu hari ni ada la dalam pukul 8 lebih, budak A-Level semua dah kat kelas (kecuali yang ponteng) dan tinggal budak US aje. Ada sorang driver bas ni sebab awal lagi dan bas dia tak penuh, pergi minum dulu. Kunci bas tinggal dalam sebab nak biar a/c hidup (budak dah ada dalam bas). Dan tak lama lepas tu bebudak ni nampak la driver tu balik semula. Dan bas pun berjalan la. Tapi driver tu bawak bas hala ke Seksyen 16. Bebudak dalam bas tu ingat abang tu nak isi minyak tapi tak berhenti pulak bila lalu depan stesen tu. Dan yang buat bebudak tu lagi pelik, bas tu berjalan guna gear 1 aje. Last-last ada sorang beranikan diri, pi depan nak Tanya ‘driver’ tu. Alih-alih tengok…budak A-Level! Lepas pujuk budak tu baik-baik, akhirnya bas tu pusing balik Seksyen 17.

Akhirnya dapat tahu budak tu ada masalah mental yang ‘boleh tahan’ jugak la. Yang aku tahu lepas tu, mamat tu diberhentikan sebab masalah dia tu…kesian.

p.s. orang Shah Alam (atau kerja/lalu Shah Alam), tahu tak kat sana boleh jumpa teksi plastik?